Mikel Arteta akui dia agak kecewa dengan kegagalan Arsenal menandatangani pemain baharu pada Januari.
Arteta memberitahu bahawa mereka akan menggunakan sistem serangan yang fleksibel untuk menampung kekurangan depth di bahagian tersebut.
Arsenal dilaporkan ada usaha untuk mendapatkan Ollie Watkins dengan bidaan £40 juta pada minggu terakhir jendela perpindahan Januari namun ditolak Aston Villa yang baru melepaskan Jhon Duran ke Al Nassr.
Seterusnya Arsenal juga dikatakan berminat dengan Mathys Tel yang kemudian menyertai Spurs secara pinjaman.
Arteta turut membayangkan bahawa mereka akan menjadi lebih aktif memburu penyerang baharu pada musim panas akan datang. Dengan nama Benjamin Sesko kembali dikaitkan dengan Arsenal.
Arsenal sebelum ini menangguhkan seketika minat mereka mendapatkan pemain itu kerana dia cedera.
“Kita ada minat yang jelas untuk menerokai pilihan setiap kali jendela perpindahan dibuka. Ianya peluang untuk kami memperkuatkan skuad dengan pemain yang boleh memberikan impak,” kata Arteta.
“Kita masih gagal melakukannya dan kita agak kecewa kerana perkara itu. Dan kita juga sedar bahawa kita hanya mahu membawa pemain pemain tipikal tertentu, dan kita sangat berdisiplin tentang itu,” tambah beliau lagi.
Ditanya sama ada Arteta sedang mempertaruhkan nasib. Dia menjawab: “Ianya bukan mempertaruhkan nasib, ianya realiti. Saya rasa kita harus berdepan realiti dan apa yang kita miliki.”
Arteta menyatakan dengan situasi yang mereka hadapi, dia akan terus memberikan peluang kepada pemain pemain akademi.
Ketika ini, hanya Kai Havertz pemain yang boleh bermain di posisi no.9, itupun dia sebenarnya false no.9.
Jadi selepas ini Arteta mahukan pemain pemain seperti Leandro Trossard, Raheem Sterling dan Ethan Nwaneri bersedia untuk menjadi false 9 apabila diperlukan.
Arteta juga berharap Kai Havertz terus kekal cergas seperti mana musim sebelum ini.
“Kai Havertz telah bermain banyak sekali perlawanan namun kelasakannya, ketersediaannya untuk beraksi sangat luar biasa. Apabila kamu tanya dia, dia kata dia rasa lebih baik bermain dalam setiap 3 hari.
“Dia direhatkan dalam aksi menentang Girona. Dan dia rasa lebih segar. Kemudian dia bermain dalam aksi yang benar benar menuntut fizikalnya menentang Manchesster City menerusi peranan yang dia harus mainkan.”
Arsenal kini dalam persiapan menentang Newcastle dalam aksi separuh akhir kedua Paiala Carabao. Skuad Mikel Arteta ketinggalan 2 gol secara agregat.
Namun selepas membelasah Manchester City 5-1 pada Ahad lalu, keyakinan Arsenal ketika ini berada di tahap yang luar biasa.