Insiden Granit Xhaka dalam aksi berdepan dengan Burnley menunjukkan bahawa pasukan Arsenal kini benar benar di dalam tekanan.
Pemain gagal mengawal kemarahan dan melakukan tindakan bodoh. Xhaka memang ada reputasi selalu mendapat kad merah.
Namun di bawah Arteta dia menjadi pemain penting yang membantu mereka menang Piala FA musim lalu dan terus mendapat tempat dalam pasukan.
Kad merah itu diterima, selepas kad merah Pepe sebelum ini dalam aksi berdepan Leeds di mana pemain itu menanduk Ezgjan Alioski ketika aksi dengan Leeds di Elland Road.
F/T: 0-0
Arsenal will have taken that after Pepe's red card on 51 minutes. 25 shots for Leeds, who hit the woodwork three times. One great chance for Saka, which was saved. pic.twitter.com/WCDVuEAGCV
— Charles Watts (@charles_watts) November 22, 2020
Mujur Arsenal tidak kalah dalam perlawanan itu. Dengan banyak percubaan lawan terkena tiang dan palang serta aksi superhuman daripad Bern Leno.
Selepas tamat perlawanan itu, Arteta mengecam tindakan Pepe sebagai tidak boleh diterima dan menuduh pemain antarabangsa Ivory Coast itu membuatkan pasukan tertekan.
Agak rare melihat pengurus mengecam tindakan pemain. Itu hanya berlaku kalau kesalahan pemain itu benar benar teruk. Namun sebenarnya ada je pengurus yang suka berterus terang seperti Jose Mourinho.
Pemain Arsenal kecewa
Tindakan Arteta itu dikatakan tidak disenangi oleh beberapa pemain senior di dalam pasukan. Mereka berpendapat Arteta tidak seharusnya secara spesifik menyatakan nama Pepe di hadapan tv.
Football London melaporkan, selepas tindakan Arteta itu, mentaliti beberapa pemain mulai tergganggu termasuk Granit Xhaka.’
Laporan sama menyebut, Xhaka musim ini sangat kecewa dengan kurang minit perlawanan di bawa Arteta selepas apa dia lakukan musim lalu.
Kehadiran Thomas Partey memang menyukarkan pemain antarabangsa Switzerland itu.
Arteta mencekik pemain lawan ketika aksi menentang Burnley. Tindakan itu menurut Arteta tidak boleh diterima dan melampau.
Tidak cukup dengan itu, David Luiz juga dikatakan kecewa dengan tindakan Arteta yang memaksanya terus beraksi dalam keadaan kepalanya cedera.
David Luiz kemudian dikeluarkan pada separuh masa kedua dalam aksi menentang Wolves sebelum ini.
Wakil David Luiz telah menghubungi pihak Arsenal untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara itu.
Arsenal have been criticised for allowing David Luiz to continue, but manager Mikel Arteta insisted that his player passed the concussion protocol https://t.co/H0ajeCW2Gi
— FootballJOE (@FootballJOE) November 30, 2020
David Luiz kemudian menafikan dia dan Arteta ada masalah di bilik persalinan. Sambil menjelaskan bahawa hubungan dia dengan Arteta sangat rapat.
Tindakan Arteta tidak mendaftarkan nama Mesut Ozil dan Sokratis dalam Liga Perdana Inggeris dan Europa League juga terus dipersoalkan.
Ramai peminat tidak dapat menerimanya. Mustahil kualiti Ozil mahupun Sokratis sangat teruk sampaikan gagal berada di pilihan ketiga pasukan utama sekalipun.
Ozil antara pemain yang paling dihormati di pusat latihan oleh pemain seangkatan dengannya dan juga para pemain muda.
Tindakan Arteta itu juga dilaporkan membuatkan beberapa pemain tidak selesa dengan layanannya kepada Ozil dan Sokratis.
Terbaru, ramai peminat mempersoalkan kenapa Mikel Arteta tidak mahu menggunakan William Saliba dalam pasukan utama? Sedangkan pemain muda itu dibeli dengan harga £28 juta.
Football London juga menyatakan Arteta menyenaraikan Saliba dalam senarai untuk dibeli ataupun dipinjam pasukan lain pada Januari ini kerana pemain itu ‘pemain dibeli Emery’.
William Saliba has no future under Mikel Arteta and has been made available for transfer by Arsenal, reports Eurosport 😳 pic.twitter.com/V2TloADlU5
— Goal (@goal) December 13, 2020
Pada pra musim, Lucas Torreira meminta untuk dilepaskan. Diikuti oleh Guendouzi yang tidak selesa dengan cara Arteta.
Edu dan Arteta kini cuba membina perhubungan yang baik dengan ejen Kia Joorabchian yang sudah membekalkan beberapa pemain kepada Arsenal. Malah pernah mencuba untuk membawa Coutinho ke Emirates.
Berlaku pergaduhan sebelum ini di antara Dani Ceballos dan David Luiz. Namun Arteta menyatakan dia suka dengan tindakan pemain seperti itu yang menggambarkan kesungguhan dan semangat mereka.
Koresponden paling dipercayai peminat Arsenal, David Ornstein dikecam oleh Ceballos kerana melaporkan perkara itu. Ceballos meletakkan tanda ‘fake’ pada keratan berita itu.
Exclusive: Tensions boiled over in Arsenal training Fri as Luiz hit Ceballos on nose, with scratch drawing blood. When squad returned Tue both apologised + group have continued as normal. #AFC will hope fighting spirit is channeled positively! @TheAthletic https://t.co/7JjNc5eGWh
— David Ornstein (@David_Ornstein) November 19, 2020
Mikel Arteta mempunyai beberapa pencapaian luar biasa untuk Arsenal setakat ini, dan ianya seharusnya tidak diremehkan.
Beliuau membimbing Arsenal memenangi Piala FA dan Community Shield.
Oleh itu KSE dan keluarga Kroenke benar-benar mempercayai projek Arteta tetapi kepercayaan itu tidak akan kekal selamanya, terutama sekali jika Arteta tidak mendapat mandat daripada pemain pemain senior.
Arsenal hanya lima mata dari zon penyingkiran selepas 12 perlawanan. Keadaan semasa tidak dapat diterima oleh peminat pasukan seperti Arsenal.
Dan peminat mulai mempertikaikan sama ada mereka benar benar dalam ‘peralihan’ atau tidak? Ini kerana Arteta selalu berkata: “Percaya kepada proses” dan juga “Proses transisi sedang berjalan.”
Sumber: Football London