Arteta Serius Nak Kuatkan Barisan Belakang? Bukan Sekadar Kerana Panik Dengan Bolos

Mikel Arteta dilaporkan mahu menguatkan barisan pertahanan Arsenal sebagai keutamaan beliau.

Namu tidak pasti beliau akan mendapat dana pada Januari ini ataupun Arteta sendiri akan cuba meneruskan sahaja kempen musim ini dan membeli pemain untuk musim hadapan.

Apa sahaja yang akan berlaku di sebalik pemberian dana itu, saya cuma nak cakap bahawa akhirnya Arteta melakukan benda yang menjadi keutamaan Arsenal.

Dan ini sebenarnya bukan sahaja berkaitan dengan isu bolos. Ia lebih daripada itu. Bolos tu salah satu sebab dan ada sebab lain juga menjadi pertimbangan.

Dalam perpindahan yang lalu lagi saya berpendapat serangan bukan keutamaan Arsenal kerana mereka memiliki kemampuan menjringkan gol yang sangat tinggi.

Namun tidak ada kemampuan yang bagus untuk bertahan terutama sekali mempertahankan kelebihan 1 gol.

Tetapi ye la, takut melebih dikatakan kill the joy pula, sebab masa tu Arsenal sedang bergembira dengan kedatangan Nicolas Pepe.

Pepe adalah pemain yang bagus. Jangan salah anggap. Cuma masa tu Arsenal kan kawal budget perpindahan mereka. Apabila mereka overspent dekat Pepe bermakna bahagian lain mereka sukar nak mendapatkan marquee player.

Arsenal memang sudah cuba membentuk gaya permainan build up dari belakang. Tetapi tak pasti kena Unai Emery tak serius nak kuatkan barisan belakang.

Arteta sudah menyatakan bahawa, Pepe hanya akan bermain jika beliau menunjukkan prestasi dan keyakinannya di dalam pusat latihan terlebih dahulu.

Arsenal mendapatkan David Luiz yang lebih kepada panic buy dan juga Kieran Tierney.

Tierney adalah pemain yang bagus namun masih gagal untuk bermain kerana isu kecergasan. Seterusnya mereka terpaksa terus bergantung dengan Maitland Niles untuk mengisi kekosongan Bellerin apabila cedera.

Arteta dikatakan mahu mendapatkan seorang pemain no.6 dan juga 2 bek tengah. Mungkin agak terlalu ramai untuk 2 bek tengah, kecuali Arsenal melepaskan bek tengah mereka yang ada. Ini kerana William Saliba akan datang musim depan.

No.6 jelas sekali keperluan utama Arsenal. Saya pernah berceloteh tentang masalah Arsenal adalah ketika build up. Pemain seperti Xhaka dan Guendouzi kerapkali cemerkap dalam build up yang memerlukan no.6 mengawal bola lebih baik.

Xhaka kini dikaitkan dengan perpindahan ke Jerman,

Arteta pastinya mahu membentuk pasukan yang membina serangan daripada bahagian bawah. Maka kita akan expect ball playing defenders akan diperlukan.

Oleh sebab itu beliau gamble meletakkan Bukayo Saka di posisi bek sisi masa lawan Chelsea. Harus diingat, Trent Alexander Arnold pun asalnya pemain tengah dahulu.

Namun pendekatan drastik Klopp menggunakan musim koyak Liverpool sebagai peluang nak expose pemain ini untuk menjadi pemain yang banyak minit dan lebih banyak pengalaman.

Pemain seperti Koulibaly adalah pemain yang sangat sesuai jika Arsenal mampu meyakinkan pemain seperti itu. Namun kos dia bukan murah.

David Luiz pastinya akan terus menjadi antara nama yang berada dalam senarai pasukan, dengan syarat beliau dapat membuktikan kualitinya ketika bertahan.

Rumusan

Jelas sekali Arteta sedang dalam proses yang sukar untuk mencari pertahanan yang bagus ketika bertahan dan juga bagus ketika build up.

Sebab tu aku cakap ini bukan semata – mata fikirkan pertahanan yang kental bertahan. Tetapi mencari mereka yang boleh bermain dengan baik ketika on ball.

Pep Guardiola ketika membentuk Man City juga bermula daripada belakang, di mana beliau menguatkan penjaga gol dan sanggup membeli pertahanan yang mahal mahal kerana nakkan kualiti ball playing dan build up.

Jadi, jika kertas cadangan Arteta ini diterima dan disokong oleh BOD. Siapa agaknya 2 bek tengah dan no.6 yang akan dibawa Arsenal?

Baca yang lain