Mikel Arteta sebelum ini dikaitkan dengan jawatan pengurus Barcelona. Ini selepas Xavi mengumumkan dia akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.
Mikel Arteta dianggap calon sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.
Namun laporan terbaru daripada Sky Sports menyatakan bahawa, Mikel Arteta kekal komited dengan Arsenal dan tidak berminat dengan jawatan di Barcelona buat masa ini.
Kontrak semasa Mikel Arteta sehingga Jun 2025. Dan dia setakat ini memuaskan hati pemilik kelab dan peminat Arsenal yang semakin mempercayai projeknya.
Musim lalu Arteta membawa Arsenal layak semula ke UCL selepas kali terakhir sebelum ini mereka bermain di UCL pada 2017. Dan kemudian Arteta juga membimbing Arsenal untuk bersaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam persaingan 2 pasukan dengan City sehingga ke bulan terakhir persaingan.
Musim ini Arteta meneruskan momentum mencabar kejuaraan liga. Dan mereka juga bersaing dalam kalah mati Liga Juara Juara Eropah.
Sky Sports News has been told Mikel Arteta is going nowhere, with reports in Spain linking him to the Barcelona job ❌ pic.twitter.com/ahzJLab3aC
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 28, 2024
Xavi Hernandez pernah membimbing Barca kembali menjuarai La Liga musim lalu. Namun musim ini prestasinya tidak meyakinkan. Barcelona semakin jauh di belakang Real Madrid – pendahulu liga.
Barcelona terlepas Piala Super Eropah dan Copa Del Rey dalam beberapa minggu ini. Membuatkan Xavi mengumumkan dia terpaksa melepaskan jawatannya.
Ini kerana menurutnya ramai pihak tidak memberikannya peluang dan mencari masa untuk menghentamnya. Xavi menyatakan projek di Barcelona masih kekal di landasan. Cuma keputusan di atas padang kadangkala tidak memihak kepada mereka.
Mikel Arteta merupakan bekas graduan La Masia. Dan dia pernah menjadi pembantu kepada Pep Guardiola ketika di Man City sebagai pembantu pengurus.
Dia memiliki falsafah bola sepak menyerang yang dianggap sangat cocok dengan Barcelona.
Namun buat masa ini fokusnya cuma Arsenal. Bermakna Barcelona harus mencari calon lain untuk mengisi jawatan di Nou Camp.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini. Dia pernah menjadi pengurus yang dicadangkan Laporta satu ketika dahulu. Namun idea itu ditolak presiden ketika itu Bartomeu.
Laporta pernah menyatakan Klopp sebagai pengurus paling sesuai dengan Barcelona kerana taktikal dan karakternya.
Namun Klopp sudah membayangkan dia mahu berehat sekurang kurangnya setahun selepas meninggalkan Liverpool.
Mikel Arteta mungkin tidak berminat ke Barcelona pada ketika ini kerana fokusnya di Arsenal. Namun di masa akan datang siapa tahu? Arteta adalah nama yang berada dalam senarai pengurus yang dianggap calon pengurus masa depan di kelab itu.