Arteta Sudah Terima Warning Letter, Conte Dalam Senarai Menunggu Untuk Lantikan Pengurus N52

Matt Law melaporkan bahawa Mikel Arteta hanya diberikan 5 perlawanan sahaja lagi untuk membuktikan sesuatu kepada pemilik kelab.

Prestasi dua perlawanan Arsenal tidak memuaskan hati pemilik kelab. Ini selepas Arteta diberikan wang yang banyak untuk membeli pemain.

Malangnya, beberapa pembelian Arsenal dilihat agak overpriced pada ketika ini dan Arteta diminta membuktikan bahawa pemain pemain itu benar benar menepati harga tersebut.

Ingat senang ke Kroenke nak keluar duit. Tu yang dia terus gelabah semacam tu.

Arteta perlu mengeluarkan Arsenal daripada kelompok bawahan liga dalam masa 5 perlawanan ini. Atau beliau berdepan pemecatan.

Bekas pengurus Inter dan Chelsea, Antonio Conte menjadi calon pilihan ketika ini untuk membimbing Arsenal jika Mikel Arteta dipecat.

Berikut adalah 5 perlawanan liga yang akan ditempuh Arsenal selepas Piala EFL pada Khamis ini.

28 Ogos vs Manchester City

Pertarungan di antara Arteta menentang sifunya ini sangat penting. Jika menang, Arteta boleh memenangi semula hati ramai peminat Arsenal yang akan terus percaya bahawa proses kemajuan pasukan yang beliau maksudkan benar benar berlaku.

Jika kalah, Arteta perlu pastikan kekalahan itu adalah dengan cara melawan dan banyak perkara positif. Bukannya dibuli seperti dua perlawanan awal mereka.

11 September vs Norwich

Agak janggal untuk menyebutnya, ini adalah perlawanan antara pasukan kelompok bawahan ketika ini. Norwich merupakan pasukan yang sangat teruk secara defensif. Perlawanan ini adalah winnable untuk Arsenal.

18 September vs Burnley

Burnley adalah pasukan yang sangat fizikal. Masalah utama Arsenal dalam dua perlawanan musim ini adalah duel fizikal. Ini akan menjadi tricky game untuk mereka. Masih dikira wajib menang.

26 September vs Spurs

Satu lagi perlawanan besar yang berada dalam laluan Arteta dalam menyelamatkan kariernya. Ini adalah derbi paling panas Arsenal. Musuh utama.

Harry Kane sudah kembali berlatih. Dan perlawanan ini, Spurs mungkin akan memiliki penggempur terbaik mereka. Jika City gagal membeli pemain itu pada saat saat akhir.

Kekalahan dalam perlawanan ini akan memberikan impak besar kepada imej dan reputasi Arteta. Kemenangan pastinya akan menaikkan lagi saham beliau di mata peminat.

Bak kata orang, kamu boleh kalah 5-0 sekalipun lawan pasukan tercorot liga, namun bukan kalah 1-0 perlawanan derbi ini.

2 Oktober vs Brighton

Satu lagi winnable game untuk Arsenal, tiada alasan untuk kalah perlawanan ini. Pastinya pedih untuk dipecat kerana perlawanan seperti ini.