Semalam dalam aksi di antara Aston Villa dan Arsenal, sekumpulan penyokong Arsenal melakukan protes ke atas pemilik kelab.
Ini bukanlah benda yang pelik. Kerana sudah lama penyokong Arsenal bencikan Kroenke. Tetapi kali ini menggunakan cara menerbangkan banner.
Penyokong Arsenal menerusi banner tersebut menyatakan: “Back Arteta, Kroenke Out.”
Ataupun diterjemahkan sebagai: Sokong Arteta, Kroenke Berambus.
Ianya adalah manifestasi kebencian penyokong Arsenal kepada keluarga Kroenke yang dianggap merosakkan kelab mereka.
Di mana Kroenke lebih memikirkan bisnes berbanding dengan bola sepak.
The banner that was flown by Arsenal fans over Villa Park :
'BACK ARTETA, KROENKE OUT'pic.twitter.com/cYkmgLAxS0
— LTArsenal™ (@ltarsenal) July 21, 2020
Penyokong Arsenal juga merasakan bahawa pemilik kelab tidak memberikan sokongan yang sebaiknya kepada Mikel Arteta.
Terdapat beberapa laporan menyatakan pemilik kelab tidak memberikan dana seperti yang dimahukan Arteta pada jendela perpindahan akan datang.
Jamie Redknapp menyatakan beliau tak hairan dengan banner itu yang dikibarkan dengan jet.
Ini kerana situasi di Arsenal ketika ini. Jika Arsenal kehilangan Arteta dan gagal mengekalkan pemain seperti Ceballos maka, pasukan mereka dalam masalah.
🗣 "If you were to lose Ceballos, Aubameyang that gives you more problems, the board have to act, I'm not surprised about the banner"
Jamie Redknapp on the banner that said 'Back Arteta, Kroenke Out' pic.twitter.com/q0TI6j7dMz
— Football Daily (@footballdaily) July 21, 2020
Namun selepas tamat perlawanan, Mikel Arteta meminta penyokong Arsenal untuk percaya dengan beliau dan pemilik.
Arteta menjelaskan bahawa di Arsenal, pemilik dan lembaga pengarah telah memberikan sokongan tak terhingga kepada beliau di dalam usaha membantu Arsenal naik semula ke tempat mereka ingini.
Wartawan bertanya tentang komen beliau berkaitan dengan banner kontroversi tersebut.
Menurut Arteta: “Saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga Kroenke, lembaga pengarah dan pengarah sukan. Saya ada 100% sokongan itu.”
“Apa yang kita tak tahu adalah banyak perkara yang kita kena tunggu sedikit masa lagi. Namun dari segi sokongan dan support, 100%.”
“Para penyokong harus percaya dengan apa yang saya katakan ini. Percayalah kat apa saya kata.”
"I feel full backing with the Kroenke's, the board & the sporting director, the fans have to believe what I'm saying" – Mikel Arteta. #AFC
— Gunners (@Gunnersc0m) July 21, 2020
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, Arsenal tewas 1-0 di tangan Villa – beberapa hari selepas mereka menewaskan Liverpool dan Manchester City.
Gol separuh masa pertama oleh Trezeguet sudah cukup untuk Villa mendapat 3 mata.
Sekaligus Villa keluar daripada zon penyingkiran buat pertama kali selepas Februari. Namun mereka masih belum lagi selamat. Masih ada perhitungan pada hari terakhir.
Arsenal mengalami kekalahan kesepuluh musim ini.
Arsenal juga bakal menamatkan musim ini di kedudukan paling teruk sejak 1995. Lebih malang, Arsenal sekali lagi menamatkan saingan di belakang Spurs.
Arsenal are set to finish between 8-10th place.
Their worst Premier League finish since 1995. 😬 pic.twitter.com/q44miQp1yV
— B/R Football (@brfootball) July 21, 2020
Impian untuk Arsenal mara ke Liga Europa kini bergantung kepada aksi final Piala FA berdepan dengan Chelsea.
Ini kerana mereka sudah tak dapat mara ke UEL menerusi tiket slot kedudukan liga dalam EPL.
Mikel Arteta dan Frank Lampard akan bertemu di final untuk menentukan siapa pengurus baharu yang akan memenangi major pertama di antara mereka