Mikel Arteta sebelum ini berkata, dia tak akan menyerahkan kejuaraan kepada Liverpool yang perlu melangkah mayat dia dahulu. Arteta optimis Arsenal masih mampu menamatkan kempen EPL sebagai juara.
Dan pengurus itu mengulangi nada yang sama. Bahawa Arsenal masih berpeluang untuk menjuarai EPL.
Namun persaingan kejuaraan kian sukar buat Arsenal. Ini selepas Liverpool berjaya menewaskan Newcastle di Anfield. Newcastle dianggap calon terbaik untuk mencicirkan mata Liverpool. Namun jelas The Reds berjaya mengatasi pasukan tersebut.
Ketika Liverpool sedang medanhului di Anfield, Arsenal pula terus bergelut dalam aksi menentang Nottingham Forest. Dan akhirnya mereka keciciran mata sekali lagi. Kali ini seri dengan Forest.
Keputusan itu dicatatkan hanya selepas mereka kalah di tangan West Ham beberapa hari lalu.
Arteta menyatakan bahawa pasukannya kekurangan percikan di barisan serangan dan kurang kreatif untuk mengalahkan Nottingham Forest.
Arsenal hanya mencatatkan 1 percubaan tepat dalam perlawanan kali ini yang berlaku pada separuh masa kedua.
Arsenal berdepan dengan ketumpulan barisan serangan selepas kehilangan penyerang seperti Bukayo Saka, Gabriel Martinellii, Gabriel Jesus dan Kai Havertz,
Kini harapan mereka untuk menjuarai EPL pertama selepas 21 tahun kian samar.
Arteta sekali lagi menggunakan Mikel Merino sebagai false 9.
Mikel Arteta berkata: “Kami menguasai permainan. Kami mencuba dalam pelbagai cara. Kami berusaha tetapi tidak mempunyai percikan itu, kurang hantaran terakhir untuk membuka kunci pasukan yang teratur hari ini.
“Kami perlu menjana lebih banyak percubaan ke sasaran.”
A point apiece in Nottingham. pic.twitter.com/fo4W0Z2e8G
— Arsenal (@Arsenal) February 26, 2025
Arteta tetap optimis
Arteta berkata pada malam sebelum perlawanan bahawa dia akan berputus asa dalam perlumbaan dengan mempertaruhkan mayatnya.
Dan dia sekali lagi enggan menyerah kalah dalam cabaran perebutan kejuaraan liga. Arteta menambah: “Ia sama seminggu lalu, dua minggu lalu, tiga bulan lalu. Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah memenangi perlawanan kami dan melihat berapa banyak mata yang kami dapat.”
Beberapa bulan lalu Arteta sudah menyatakan bahawa tidak kira apa yang berlaku, Arsenal akan tetap berjaya juga menjulang EPL akhir musim ini. Kecuali Liverpool menang semua perlawanan mereka.
Jiika Liverpool seri atau kalah selepas 25 Januari itu, kerana tiada pasukan dalam sejarah yang menang kesemua baki perlawanan selepas Januari kata Arteta. Maka Arsenal akan berada di sana untuk merampas kejuaraan.
Arteta berkata: “Jika seseorangg itu dapat menang kesemua perlawanan mereka, maka tahniah kepada mereka dan ayuh kita beralih ke musim baharu, di mana itu tak pernah berlaku dalam sejarah.
“Kami akan berada di sana [untuk menjuarai liga].”
Mikel Arteta is confident his Arsenal side will be there waiting to strike in the Premier League title race if Liverpool open the door 🔴 pic.twitter.com/IqGseuWzKz
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 1, 2025
Malangnya, Liverpool dah beberapa kali keciciran mata, namun Arsenal gagal untuk mengambil kesempatan. Kerana mereka juga keciciran mata apabila Liverpool keciciran mata.
Satu mata mengekalkan Forest di tempat ketiga, mendahului juara bertahan Manchester City.
Anak buah Nuno Espirito Santo bergelut sejak kebelakangan ini, hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka.
Tetapi selepas tiga kekalahan dalam empat, bos Forest itu gembira untuk kembali kepada kekentalan di barisan pertahanan yang menjadi asas kejayaan pasukannya musim ini.
“Selepas tempoh ini kami telah menyerah kalah, adalah penting untuk kembali kepada asas – kental, bersih,” kata Nuno.
“Dari segi permainan, positif kerana sangat penting untuk kembali kepada pasukan yang membolehkan kami berjaya.”