Arteta vs Lampard Dalam Derbi London

Sebentar lagi derbi London menemukan 2 pasukan paling berjaya di London iaitu Arsenal vs Chelsea.

London ni banyak sangat derbi dia, sampaikan ada beberapa game tu dah tak bahang sangat. Namun pertarungan ini memang perseteruan moden tercipta di sana.

Ianya menjadi sangat panas ketika era Jose Mourinho vs Arsene Wenger.

Dan legasi itu akan diserahkan kepada Lampard dan Arteta. Bekas pemain dan pemimpin di dalam pasukan masing-masing satu ketika dahulu.

Persaingan 4 teratas

Perlawanan ini adalah peluang terakhir untuk Chelsea mengekalkan jarak yang ‘lega’ selepas keciciran 2 mata dalam 2 perlawanan terakhir.

Keputusan seri bukan pilihan untuk Chelsea sebenarnya. Kerana mereka cuma ada 1 mata di atas United dan dengan perbezaan jaringan yang rendah.

Namun seri adalah lebih baik daripada kalah. Itulah dilema Lampard pada hari ini.

Arsenal pula pastinya misi wajib menang lebih daripada Chelsea. Ini kerana mereka di luar top 10 pada masa ini.

Kemenangan akan membantu mereka merapatkan sedikit jurang yang sangat besar dengan top 4. Arsenal boleh menamatkan tahun 2019 dengan 5 mata di belakang Chelsea jika menang aksi ini.

Isu overplay

Kedua dua pengurus menggariskan isu ini minggu lalu. Arteta menggariskannya di dalam pusat latihan. Namun dalam perlawanan sebenar, mereka sudah menampakkan aksi lebih baik. Cuma terlalu membazir peluang.

Chelsea pula dikejutkan Southampton dengan kekalahan selepas aksi kurang memberangsangkan dan tak penetratif.

Serangan

Kedua dua pasukan memiliki penggempur berbisa di dalam pasukan. Arsenal ada Piere Emerick Aubameyang.

Chelsea pula ada Tammy Abraham. Jika pasukan ini tidak mendapat gol, biasanya isu pertama yang akan dikaji semula adalah servis kepada serangan.

Adakah Arteta terus dengan idea menggunakan Lacazette dan menolak Aubameyang ke sayap?

Ramalan kesebelasan utama

Nicolas Pepe dijangka akan membuat penampilan pertama sebagai starting XI di bawah era Arteta.

Sokratis Papastathopoulos sebelum ini mengalami kecederaan di kepala. Mungkin direhatkan dan peluang diberikan kepada Calum Chambers, yang sudah tamat penggantungan.

Ozil dan Xhaka dijangka akan berada dalam pasukan selepas mendapat pujian dariapda Arteta. Lucas Torreira mungkin akan membangkusimpanankan Guendouzi kerana Arteta perlukan dinamik pada beliau jika Ozil bermain.

Mateo Kovacic akan kembali semula daripada penggantungan 1 perlawanan. Sepatutnya tiada masalah la untuk beliau kembali ke kesebelasan utama.

Mason Mount sebelum ini memberikan energy yang lain macam sikit ketika masuk, mungkin juga akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Arsenal XI
Leno; Maitland-Niles, Chambers, Luiz, Saka; Xhaka, Guendouzi; Pepe, Ozil, Aubameyang; Lacazette

Chelsea XI
Arrizabalaga; Rudiger, Zouma, Tomori; Azpilicueta, Kante, Kovacic, Alonso; Willian, Mount; Abraham

Rumusan

Ini pertarungan yang sangat penting untuk kedua dua pasukan mendapatkan 3 mata. Dan ia adalah derbi panas.

Rekod Lampard berhadapan dengan big six agak goyah musim ini dan beliau perlu untuk memperbaikinya. Hari ini adalah hari terbaik untuk bermula.

Arsenal pula mengalami perubahan dalam pengurusan. Arteta menyatakan beliau masih dalam fasa pemantauan dan penerapan corak permainan.

Namun aksi Arsenal sebelum ini menurut Arteta, lebih melegakan berbanding daripada tidak memuaskan.

Yang tidak memuaskan pastinya pertahanan yang bocor dan pembaziran peluang. Yang positif adalah permainan yang lebih laju dan juga mentaliti ketika ketinggalan.

Baca yang lain