Arthur Sah Menjadi Milik Liverpool: “Saya Sangat Bangga”

The Reds akhirnya menambah seorang lagi pemain berkualiti bahagian tengah mereka pada hari tarikh akhir perpindahan dengan mengumumkan perpindahan Arthur dari Juventus.

Beberapa hari lalu, Jurgen Klopp menyatakan bahawa kelab tidak menandatangani pemain tengah kerana dia tidak meminta. Dan kemudian, dia mengesahkan dia mahukan pemain tengah selepas krisis kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang memuktamadkan perpindahannya di Pusat Latihan AXA pada hari Khamis.

Arthur menyertai Liverpool, selepas dua musim bersama Juve, di mana dia membuat 63 penampilan dan menjaringkan satu gol selepas menandatangani kontrak dengan gergasi Itali itu dari FC Barcelona pada September 2020.

Arthur tidak ada dalam perancangan Max Allegri dan diminta untuk mencari kelab baharu. Akhirnya tawaran daripada juara eropah enam kali, Liverpool tiba.

Pemain itu tanpa berfikir panjang terus menerimanya.

Dia memberitahu Liverpoolfc.com: “Saya sangat, sangat gembira berada di sini memakai jersi yang hebat ini dengan lencana terkenal yang mewakili banyak perkara dalam bola sepak dunia, ia adalah impian.”

“Kami banyak bercakap, dan idea serta visi kami sesuai jadi saya pasti ia adalah pilihan yang tepat. Saya sangat gembira dan bermotivasi tinggi untuk meneruskan impian saya di atas padang dan memberikan segala-galanya dalam jersi Liverpool.”

Arthur memulakan kerjaya profesional seniornya di negara asalnya Brazil dengan Gremio. Dia mencatatkan 50 penampilan sepanjang empat musim bersama kelab Porto Alegre itu sebelum berpindah ke Barcelona pada 2018.

Dalam dua tahun di Camp Nou dia menjulang La Liga dan Piala Super Sepanyol, mewakili kelab itu sebanyak 72 kali dalam semua pertandingan dan menjaringkan enam gol.

Dia juga memperoleh pengalaman pertamanya bermain di Anfield, tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-75 dalam aksi kemunculan semula pada separuh akhir Liga Juara-Juara epik Liverpool pada Mei 2019.

Arthur, yang mempunyai 22 kaps untuk Brazil setakat ini dan menjulang Copa America pada 2019 bersama Alisson Becker dan Roberto Firmino, berpindah ke Itali setahun kemudian sebelum memuktamadkan perpindahan hari ini ke Liverpool.

Dia menambah: “Liverpool mempunyai sejarah indah dalam bola sepak. Saya telah bermain menentang Liverpool, saya tahu bagaimana rasanya berada di stadium dengan penyokong di belakang mereka.”

“Saya pernah bersama peasukan lawan dan kini saya di pihak yang benar, jadi saya sangat teruja. Ia adalah kelab besar dengan pengurus yang hebat, pemain yang hebat. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia adalah impian untuk berada di sini.”

Baca yang lain