Arturo Vidal Berunding Dengan Newcastle, Messi Minta Barcelona Kekalkan Beliau

Arturo Vidal dilaporkan berminat untuk menyertai Newcastle United pada jendela perpindahan yang akan datang terutama sekali jika Max Allegri dilantik menjadi pengurus.

Malah laporan di England menyatakan Arturo Vidal kini sedang mengadakan perbincangan dengan Newcastle.

Dan kemungkinan akan menjadi pemain pertama yang akan menyertai Newcastle pada era baharu kelab mereka.

Newcastle dalam proses pegambilalihan daripada Mike Ashley. Di mana, kelab tersebut akan memiliki pemilik kelab baharu yang jauh lagi kaya daripada pemilik Manchester City.

Salah satu nama yang sudah dikaitkan dengan Newcastle United ialah Arturo Vidal.

Malah, Max Allegri juga dilaporkan antara pengurus yang berada di dalam radar Newcastle. Jika jadi, maka, Vidal akan berpeluang untuk bergabung semula dengan Allegri di Newcastle.

Mundo Deportivo di Sepanyol menegaskan bahawa Arturo Vidal benar-benar berminat untuk terlibat dalam projek baharu Newcastle – jika kelab tersebut diambil alih konsortium dari Arab Saudi.

Namun begitu, kapten Barcelona, Lionel Messi memberitahu kelab bahawa Arturo Vidal seharusnya dikekalkan di dalam pasukan Barcelona untuk musim hadapan.

Vidal merupakan salah seorang pemain yang sentiasa memberikan komitmen 100% beliau di atas padang.

Oleh sebab itu Lionel Messi mahukan pemain itu terus berada di dalam pasukan Barcelona untuk semusim lagi.

Selain Newcastle United, pasukan Man United juga berminat untuk mendapatkan khidmat Vidal.

Sementara itu, untuk jawatan pengurus, masa depan Steve Bruce dilihat goyah jika Newcastle selesai dalam peralihan pemilikan.

Selain Max Allegri, nama Mauricio Pochettino juga di dalam senarai calon untuk menjadi pengurus baharu Newcastle United.

Buat masa ini, peralihan itu masih tergantung kerapa Premier League masih bercuti.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa