Dana White dikecam hebat kerana keputusannya meneruskan UFC249 walaupun AS sedang di-lockdown ketika ini.
Khabib Nurmagomedov menarik diri daripada UFC249 kerana larangan keluar oleh Rusia. Di mana petarung sensasi itu masih berada di Rusia dan menghormati perintah larangan itu.
Keputusan Khabib Nurmagomedov untuk menarik diri daripada UFC mendapat kecaman Tony Ferguson dan juga Conor McGregor serta beberapa media yang menuduh beliau pengecut.
Dan kini persoalannya, bagaimana Dana White mahu memastikan UFC 249 terus berjalan?
Salah satu caranya adalah dengan mengadakan pertarungan di dalam arena kosong seperti mana WWE ketika koronavirus.
Tetapi Dana White sebelum ini sudah menyatakan mereka akan mencari bandar di Amerika Syarikat yang membenarkan perhimpunan dan penganjuran acara sukan.
Kenyataan itu dibuat kira-kira sebulan yang lepas di mana ketika itu AS masih belum di-lockdown.
Dan kini di AS sudah di-lockdown. Mungkinkah UFC akan akur dan mengadakan pertarungan di dalam arena kosong?
Berdasarkan kenyataan Dana White baru-baru ini, beliau akan tetap memastikan UFC249 dilangsungkan dalam arena berpenonton.
Pertarungan kali ini akan menyaksikan Tony Ferguson berhadapan dengan Justin Gaethje yang menggantikan tempat Khabib.
THE WHOLE CARD 🤯
See you on ESPN+ PPV. #UFC249 pic.twitter.com/J8jPBENMrs
— UFC (@ufc) April 7, 2020
Acara akan tetap diadakan pada 18 April ini di tempat yang masih dirahsiakan lagi. Namun berdasarkan kenyataan beliau kepada TMZ, UFC kelihatan akan pergi ke plan B.
Ada kemungkinan besar tempat tersebut tidak mendapat kelulusan untuk menganjurkan acara itu.
Seterusnya, bukan semua petarung adalah dari AS, ada yang dari negara lain. Ini bermakna, mereka yang masuk ke AS perlu dikuarantin sekurang-kurangnya 14 hari.
Plan B
Oleh yang demikian Dana White sudah bersedia dengan plan B.
Di mana beliau sudah merancang untuk membawa pertarungan itu ke pulau milik persendirian..
White menyatakan UFC sudah hampir pasti mendapatkan persetujuan daripada sebuah pulau untuk membina arena khas pertandingan tersebut.
Di mana kesemua pengangkutan adalah persendirian dan akan dipantau dengan teliti bagi mengelakkan ada virus dibawah.
White bercakap kepada TMZ: “Saya hanya sehari atau dua hari sahaja lagi untuk memuktamadkan tempat pertarungan di sebuah pulau persendirian.”
“Saya sudah berjaya mendapatkan pulau persendirian itu. Dan kami akan membawa petugas untuk membina infrastruktur pertandingan di sana.”
Dana White Securing Private Island for UFC Fights, 'Fights Every Week' https://t.co/EFpSkJvBEv
— TMZ (@TMZ) April 7, 2020
“Jadi, sekarang, saya pun sedang menyusun atur pertarungan antarabangsa,” jelas beliau lagi.
“Dengan petarung petarung antarabangsa, saya tak boleh membawa mereka masuk ke Amerika Syarikat.”
“Saya sudah ada pulau persendirian dan saya akan mula menerbangkan mereka ke sana dan melangsungkan pertarungan antarabangsa di sana.”
“Jadi, seperti dijanjikan, ianya akan tetap berlangsung pada 18 April.”
The fight is signed and is 100% ON LIVE on ESPN somewhere on EARTH!!!! 😃@TonyFergusonXT vs @Justin_Gaethje is LIVE on @espn+ PPV April 18th for the interim lightweight belt! pic.twitter.com/aH44zg5K30
— danawhite (@danawhite) April 6, 2020
Pemenang pertarungan ini akan menjadi juara interim.
UFC menegaskan mereka tiada masalah untuk berbuat demikian kerana mereka cukup kemudahan termasuk jet persendirian yang dibawa oleh juruterbang persendirian.
White masih berteka teki sama ada pertarungan tersebut akan diadakan dalam arena kosong. Nampak gayanya, ada kemungkinan ia berlaku begitu.
Dana White turut mengesahkan bahawa Joe Rogan akan menjadi pengulas pertarungan tersebut.