AS Mahukan Jurgen Klopp Yang Dianggap Calon Terbaik Untuk Pasukan Mereka

Amerika Syarikat baru sahaja memecat pengurus mereka. Gregg Berlhater selepas keputusan memalukan dicatatkan pasukan kebangsaan negara tersebut dalam Copa America 2024.

Dan Amerika Syarikat dilaporkan mahu melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus baharu pasukan mereka. AS sedia memberikan kontrak lumayan kepada Jurgen Klopp yang kini tidak ada jawatan.

Klopp meninggalkan Liverpool pada akhir musim lalu selepas 9 tahun gemilang bersama The Reds.

Amerika Syarikat benar benar mahukan Klopp untuk menjadi pengurus baharu mereka. Ini bukan kali pertama AS mahukan pengurus dianggap berkelas dunia dari Jerman. Sebelum ini mereka pernah melantik Jurgen Klinsmann sebagai pengurus mereka.

Klopp dianggap sangat sesuai untuk Amerika Syarikat kerana memiliki ramai pemain muda berbakat yang boleh bermain dengan sistem permainan taktikal moden.

Pengarah Sukan USMNT, Matt Crocker menyatakan bahawa mereka mahu melantik pengurus baharu secepat mungkin, terutama sekali pada jendela perpindahan antarabangsa September ini.

USSF juga dilaporkan sudah menghubungi Jurgen Klopp untuk menyatakan minat mereka mahu melantik pengurus itu sebagai pengurus baharu.

Crocker berkata: “Saya nak melantik pengurus terbaik yang boleh membantu kita menang. Tak kira sama ada dia orang AS atau luar negara. Yang penting mereka harus menepati ciri ciri pada profile yang kami mahukan.

“Pengurus yang ada rekod kemenangan hebat, pengurus yang mampu membangunkan potensi yang ada pada kumpulan pemain yang kita miliki hari ini.”

Matt Crocker sedar usaha untuk mendapatkan pengurus seperti Klopp adalah sukar. Dan mereka sudah ada plan B.

“Kita ada pelan kecemasan dan kami akan pastikan ianya tidak akan mengganggu pasukan,” tambah beliau lagi.

ESPN melaporkan bahawa Jurgen Klopp ketika ini masih tidak menunjukkan sebarang minat mahu mengendalikan pasukan negara tersebut.

Klopp beberapa bulan lalu sudah menyatakan bahawa dia tak akan kembali ke pengurusan pada masa terdekat. Kerana dia mahu bercuti panjang bersama keluarganya.

Namun AS masih benar benar berharap Klopp akan dapat mengubah pendiriannya dan datang ke pejabat mereka untuk menjadi pengurus baharu.