Molotov Cocktail merupakan salah satu bom buatan tangan yang paling popular di dunia. Di Ukraine, beribu ribu rakyatnya membuat molotov cocktail untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan tentera Rusia.
Di mana kerajaan Ukraine mengedarkan risalah termasuk menggunakan media sosial, panduan membuat molotov cocktail. Ada juga papan tanda digunakan untuk memberitahu cara membuat molotov cocktail.
Have you ever wondered how to make a Molotov cocktail? Well, we gotchu. This billboard explains how to make your Molotov cocktail in 4 easy steps. Ukrainians are built different 😉 pic.twitter.com/bT981kBQFN
— Ukraine Defense Fund (@ukrdefensefund) March 18, 2022
Molotov cocktail merupakan bom yang dibuat sendiri dengan menuangkan petrol di dalam botol. Boleh juga digantikan dengan bahan bahan mudah terbakar yang lain. Kemudian sehelai kain yang akan menjadi sumbunya.
Jadi, kenapa bom tu digelar molotov cocktail?
Nama Molotov berasal daripada Vyacheslav Mikhailovich Molotov, bekas menteri luar Soviet Union (USSR), ketika USSR menyerang Finland pada tahun 1939 dan namanya sering dikaitkan dengan konflik itu.
Molotov dilahirkan pada tahun 1890 dalam keluarga kelas pertengahan di Rusia. Pada tahun 1906, Molotov menyertai puak Bolshevik dalam Parti Buruh Demokratik Sosial Rusia (RSDLP).
Selepas revolusi yang menggulingkan tsar pada tahun 1917, kumpulan ini mengambil alih kuasa dan menjadi Parti Komunis Kesatuan Soviet.
Molotov terus meningkatkan pengaruhnya melalui kenaikan pangkat dan dilantik sebagai menteri hal ehwal luar dua kali, antara 1939-1949 dan 1953-1956.
Pakatan Molotov-Ribbentrop
Molotov juga terkenal dengan pakatan Molotov-Ribbentrop – pakatan bukan pencerobohan antara Kesatuan Soviet dan Jerman yang diduduki N*zi (perkataan ni tak dicensored google untuk artikel umum- sebab tu terpaksa bintang bintangkan) pada tahun 1939.
Perjanjian itu juga mengandungi protokol rahsia yang hanya didedahkan selepas kekalahan N*zi pada tahun 1945.
Mengikut protokol ini, Kesatuan Soviet dan Jerman akan membahagikan Poland dan menentukan sfera pengaruh masing-masing di Eropah Timur, wilayah Baltik dan Finland.
Pada September 1939, Jerman menyerang Poland, mengetahui bahawa langkah itu tidak akan mencetuskan provokasi Kesatuan Soviet.
Tetapi Britain dan Perancis bertindak balas dengan mengisytiharkan perang ke atas Jerman, memulakan Perang Dunia Kedua. Beberapa hari kemudian, Kesatuan Soviet juga menyerang Poland.
Pada bulan November, Kesatuan Soviet menyerang Finland, mencetuskan apa yang dikenali sebagai Perang Musim Sejuk.
Kerana konflik ini, Molotov cocktail telah menjadi terkenal.
Pada masa itu, Molotov memberitahu radio Soviet bahawa Moscow tidak akan menjatuhkan bom di Finland, tetapi menghantar makanan dan keperluan harian melalui udara kepada warga Finland yang kelaparan.
Orang Finland secara sinis menggelar bom berkelompok yang digunakan oleh Soviet untuk menyerang bandar Finland sebagai “bakul roti Molotov.”
Lalu mereka menamakannya sebagai molotov cocktail di mana perkataan Cocktail sesuai menggambarkan makanan.
Ianya mulai digunakan oleh orang Finland untuk menyerang kenderaan perisai Soviet.
Walau bagaimanapun, Perang Musim Sejuk bukanlah konflik pertama apabila bom buatan digunakan. Bom yang sama sebelum ini dipercayai semasa Perang Saudara Sepanyol dari 1936 hingga 1939.
Dan kini, Molotov cocktail kembali menjadi berita apabila rakyat Ukraine menggunakan segala cara yang mereka mampu untuk menolak tentera Rusia.
Target your Molotov cocktail correctly: an NGO placed outdoor instructions on targeting Russian military vehicles in 20 locations across the city of Sumy, Northern Ukraine.
Source: https://t.co/DOVDOD6lsa, pictures by Maksym Hromov pic.twitter.com/AkDnk0Odta
— Kyrylo Loukerenko (@K_Loukerenko) March 21, 2022
Selain itu molotov cocktail juga banyak digunakan dalam tunjuk perasaan malah ketika di dalam stadium bola sepak pun ada.