3 pasukan dari Asean gagal memecah masuk ke peringkat kumpulan apabila tewas di peringkat kelayakan akhir.
Buriram United tumbang 0-3 kepada Shanghai SIPG, Kedah tewas 1-4 kepada FC Seoul dan Ceres Negros tersingkir di tangan FC Tokyo dengan keputusan 0-2.
Kali terakhir pasukan dari Asean berjaya melakukannya ialah pada tahun 2013 apabila Buriram menewaskan Brisbane Roar melalui penentuan sepakan penalti 3-0 selepas terikat 0-0 dalam permainan sebenar.
Selepas itu, termasuk semalam, 48 kali pasukan dari rantau ini terlibat dalam pusingan kelayakan. Daripada jumlah itu, 20 kali berjaya mara ke kelayakan akhir atau dipanggil playoff round.
Kesemuanya tewas kepada pasukan dari Jepun dan Korea Selatan.
Kemenangan FC Seoul, FC Tokyo dan Shanghai SIPG melebarkan rekod 25 kali mereka layak dari 27 penampilan mereka di pusingan ini.
Asean belum mampu.
Kualiti gerakan dan hantaran di final third
Perlawanan Shanghai SIPG menyaksikan gerakan di kawasan itu banyak dijana oleh 3 pemain asing.
Oscar, Hulk dan Marko Arnautovic merupakan bekas pemain dari liga utama eropah. Mempunyai kualiti terlalu jauh dengan pemain Asia lebih-lebih lagi Asean.
Shanghai SIPG bergantung sepenuhnya kepada trio ini bagi menggerakkan unit serangannya.
Bagaimanapun, Pansa Hemviboon dan Andre Tunez berjaya mengekang dari gawangnya dibolosi sehingga minit ke-75.
Hantaran dari Oscar, gerakan dari Hulk memberi banyak ancaman besar kepada Buriram sepanjang perlawanan.
Gerakan Buriram pula sering mati apabila berada di awal final third. Pemain gagal menghasilkan final pass berkualiti kepada Benardo Costa dan Ricardo Bueno.
Pertemuan di antara FC Seoul dan Kedah agak berbeza. Seoul tidak terlalu bergantung kepada kemampuan pemain asing.
Mereka hanya turun dengan 2 pemain import. Pemain tengah bertahan, Osmar dan tengah menyerang, Ikram Alibaev.
Menggunakan 2 penyerang tempatan iaitu Park Chu-Young dan Park Dong-Jin cukup untuk membawa pasukan ini ke peringkat seterusnya.
Kedua-dua penyerang tersebut menjaringkan gol. Chu-Young menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkana tangan Renan Alves di dalam kotak penalti.
Dong-Jin pula menanduk bola hasil hantaran berkualiti dari sebelah kanan, tidak dicabar oleh mana-mana pemain Kedah.
Seoul menampilkan pemainanan berasaskan hantaran lintang di final third ke dalam kotak penalti mencari Chu-Young dan Dong-Jin.
Kedah hampir keseluruhannya gagal memenangi pertarungan bola di udara, tetapi prestasi yang ditunjukan oleh Shahril Saari sedikit melegakan pasukan ini.
Kedah gagal menguasai permainan di tengah sehinggakan Tchetche Kipre dan Kpah Sherman agak terpisah dalam permainan.
Build up attack dari bawah, ball possesion di tengah, gerakan dan hantaran tidak banyak berlaku dari pasukan Kedah.
Kesilapan death ball situation Kedah, 2 kali dihukum oleh Seoul. Alves membuat keputusan yang silap dengan cuba menarik perhatian pengadil bahawa dia ditolak, bertukar menjadi bencana apabila bola melintasi tangannya.
Susunan benteng ketika Osmar akan mengambil sepakan percuma dari jarak kurang 25 meter bocor. Osmar cuma perlukan kelajuan bola untuk menyepak terus ke gawang dan Osmar melakukannya.
Dalam satu lagi perlawanan, diantara FC Tokyo dan Ceres Negros juga menyaksikan pasukan dari Asean tumbang.
Bermain dalam cuaca hujan lebat dan padang ditakungi air tidak menjejaskan kualiti pasukan dari Jepun.
Jaringan dari situasi kelam kabut di dalam kotak penalti, serangan balas pantas cukup untuk mereka menang 2-0. Ceres bernasib baik apabila 1 gol Tokyo tidak dikira kerana offside walaupun ulang tayang menunjukkan ianya tidak.
Tiada apa yang kalah untuk Kedah, Buriram United dan Ceres Negros
Mungkin penyokong masing-masing kecewa dengan keputusan ini khususnya Kedah, pasukan dari Malaysia.
Tetapi apabila dilihat sejarah 7 tahun lepas, tiada satu pun pasukan dari rantau Asean berjaya keluar sebagai pemenang.
Ternyata ia bukan satu tugas yang mudah bagi mana-mana pasukan untuk melakukannya.
Apa yang boleh diterima pada masa ini adalah raih segala pengalaman dengan peluang yang ada dan terus berusaha pada masa hadapan.
Asean belum mampu, perjalanan masih jauh dan maafkanlah mereka.
Tidak lupa, selamat maju jaya kepada JDT dan Chiangrai United yang akan bermain di peringkat kumpulan nanti.