Asensio Tak Mahu Pulangkan No.11, Bale Kini Rasmi Pakai No.18

Gareth Bale rasminya akan meninggalkan jersi nombor 11 yang signifikan dengan beliau.

Dalam aksi pertama Bale bersama Real Madrid musim ini beliau memakai jersi no.18. Dalam aksi pra musim sebelum ini, Bale memakai nombor 50.

Dilaporkan Marcos Asensio tidak mahu menyerahkan balik jersi no.11 yang ditinggalkan Bale ketika tempoh pinjamannya di Spurs,

Selain daripada Bale yang akan memakai jersi 18 dan Asensio yang akan memakai jersi 11, Real Madrid turut memberikan nombor baru kepada Rodrygo – yang akan memakai no.21 dan Jovic diberikan jersi no.16.

Namun nombor jersi ini masih boleh berubah sehingga tarikh akhir pendaftaran pemain pada hujung jendela perpindahan kali ini.

Tetapi nampak gayanya, Asensio tetap tidak mahu menyerahkan jersi no.11 kepada Bale.

No.11 adalah simbol kepada jenama Gareth Bale. Beliau malah menggunakan Gareth Bale 11 dalam kesemua rangkaian media sosialnya.

Real Madrid dan Levante bermain thriller enam gol yang menyaksikan gol pertama Gareth Bale dalam La Liga sejak 2019.

Bale menjaringkan gol selepas menerima hantaran Karim Benzema tetapi Roger Marti menyamakan kedudukan 28 saat selepas perlawanan disambung semula.

Jose Campana kemudian meletakkan Levante di depan tetapi Vinicius Jr menyamakan kedudukan.

Rober Pier meletakkan Levante sekali lagi di hadapan. Dan sekali lagi Vinicius berjaya menjadikan kedudukan 3-3 dengan penyudah yang sangat cantik menewaskan penjaga gol Levante. Aitor Fernandes.

Dua minit kemudian, Aitor Fernandes dilayangkan kad merah kerana menghalang Rodrygo.

Namun Real Madrid gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain itu untuk baki beberapa minit perlawanan. Tamat perlawanan, kedua dua pasukan seri 3-3.