Ashley Young Buka Akaun Gol Di Inter Dengan Half Volley Secantik Ini

Ashley Young telah berjaya membuka akaun gol beliau bersama dengan Inter Milan dalam pertembungan Serie A berhadapan dengan Lazio, pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Perlawanan penting dan antara perlawanan yang boleh menjadi penentu kepada kejuaraan liga musim ini.

Ini merupakan pertemuan di antara pasukan di tangga kedua dengan pasukan yang berada di tangga ketiga dalam carta liga.

Kedua dua pasukan turut berada dalam prestasi yang baik pada ketika ini.

Young meledak!

Bekas kapten Manchester United itu memberikan pasukan bimbingan Antonio Conte pendahuluan pada separuh masa pertama.

Beliau menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan berada di tempat yang tepat untuk menyambut bola.

Ashley Young melakukan satu half volley yang menarik untuk memastikan  Inter Milan masuk ke bilik persalinan dengan mendahului Lazio – yang merupakan salah sebuah pasukan pencabar kejuaraan.

Teknik yang sangat baik digunakan oleh Young, di mana beliau merembat bola ke permukaan tanah dan ia melantun masuk ke gawang gol.

https://twitter.com/i/status/1229143611884933120

https://twitter.com/i/status/1229145355872280580

https://twitter.com/i/status/1229149496556302338

Ashley Young turut menjadi jejaka Inggeris pertama yang menjaringkan gol di Serie A pada dekad ini. Salute!

https://twitter.com/brfootball/status/1229146905252331521

Namun gol beliau berjaya disamakan oleh Ciro Immobile pada separuh masa kedua. Pemain penyerang prolifik Lazio itu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-53.

https://twitter.com/brfootball/status/1229147540353961986

Immobile musim ni banyak skor daripada penalti. Nasib baik dia bukan Messi atau Ronaldo. Kalau tak dah kena troll ni.

Inter Milan turut menjerit meminta penalti ketika Ashley Young dijatuhkan. Namun pengadil tidak memberikannya.

Tidak lama kemudian, Sergej Milinkovic Savic memberikan gol kemenangan buat Lazio.

Savic dengan tenang melakukan percubaan leret dari dalam kotak penalti.

Tamat perlawanan, Lazio 2 Inter Milan 1.

Lazio terus mencabar

Ini merupakan kekalahan kedua Inter Milan musim ini. Dan Lazio naik ke tangga kedua liga.

Lazio kini hanya dibezakan 1 mata daripada Juventus. Mereka sudah 19 perlawanan tak kalah. Dan 14 kemenangan daripada 16 perlawanan terakhir.

Bukti bahawa Lazio sedang membara bara ketika ini.

Karier Young di Itali

Ashley Young merupakan pemain dari Man United ketiga menyertai Inter Milan musim ini selepas Romelu Lukaku dan juga Alexis Sanchez.

Pemain veteran itu dikatakan berminat dengan tawaran Inter Milan yang memberikan beliau opsyen lanjutan lebih panjang selama dua tahun.

Sementara Man United hanya mampu menawarkan beliau kontrak lanjutan setahun, itu yang dikatakan oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini.

Conte mengenalpasti Young sebagai pemain yang tepat untuk pasukannya kerana sistem permainan mereka yang berasaskan back 3 dengan wingback.

Baca yang lain