Bekas kapten Manchester United yang kini bermain untuk pasukan Inter Milan iaitu asli yang telah membuat satu kiriman tentang situasi di Itali.
Itali merupakan negara yang paling teruk terjejas Koronavirus ketika ini.
Pada masa yang sama beliau juga mengingatkan semua orang agar terus menjaga jarak demi menyelamatkan nyawa.
Young menyatakan di Itali walaupun mereka menjadi pusat kepada wabak koronavirus pada ketika ini namun mereka kekal tenang.
Young berkongsi menerusi bebenang di Twitter miliknya:
“Hai semua, saya cuma nak berkongsi tentang kehidupan saya di Itali yang menjadi pusat wabak.”
“Di Itali pergi ke supermarket, agak mengejutkan, sangat tenang dan tidak ada bergaduh sebab makanan. Tidak ada rak yang berterabur, dan tidak ada yang memarahi staf kerana tiada makanan langsung!!”
Seterusnya beliau juga menegaskan di Itali hanya seorang sahaja yang keluar membeli barang untuk setiap isi rumah. Ini untuk memastikan tidak ada himpunan manusia yang ramai di sesuatu tempat.
“Dan kebanyakannya, hanya seorang sahaja yang keluar membeli-belah untuk satu isi rumah.”
“Sila baca yang lanjut dan kongsikannya. Ini adalah masa penting untuk memainkan peranan anda berhadapan dengan krisis global yang teruk ini.”
Hi everyone, just wanted to share my thoughts given I'm currently living in Italy, the epicentre of the virus.
— Ashley Young (@youngy18) March 24, 2020
Ashley Young menasihatkan tatasusila ketika berada di tempat awam termasuk di lift.
“Jika kamu terpaksa menggunakan lift, masuklah seorang, hanya dua orang sahaja dalam lift untuk satu masa. Dan berdiri secara bertentangan menghadap dinding lift. Jangan hembus nafas ke arah orang lain.”
“Gunakan topeng muka ataupun scarf untuk menutup hidung dan mulut.”
“Sentiasa jaga jarak kamu. Pastikan troli berada di belakang kamu ketika mengeluarkan barang kerana ia membantu menghentikan orang di belakang mara lebih dekat dengan kamu.”
“Jangan buka barang kami betul betul di hadapan orang lain. Pastikan ada jarak di antara kamu dan orang lain. Dan pastikan barang kamu beli tidak disentuh.”
“Sebab tu, kita jangan keluarkan barang kita dahulu sebelum orang di hadapan habis membayar.”
“Yang ni mungkin kedengaran agak kasar, namun bayangkan mereka yang lain yang bukan keluarga kamu ada virus, kamu mana tahu kan.”
Young juga menyeru agar semua orang untuk kekal selamat dan menjaga diri daripada dijangkiti.
“Dan yang paling penting, pastikan anda kekal selamat. Ini yang kami lakukan di sini. Ini bukannya overreaction, ianya kekal selamat.”
‼ Most importantly, just stay safe! This is what we are doing here, it’s not an overreaction, it’s staying safe. And just remember others should be looking at you in this way as well. It’s not horrible, it’s a way of keeping your distance to ultimately help save lives.
— Ashley Young (@youngy18) March 24, 2020
“Dan ingatlah orang lain, bahawa mereka pun sepatutnya menjaga kamu seperti ini juga. Ini bukannya teruk, ini adalah cara kita menjaga jarak untuk menyelamatkan nyawa.”
Satu nasihat yang baik dan berguna daripada Ashley Young. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.