Ashraf Sinclair Sudah Tiada

Khabar yang agak mengejutkan datang dari pelakon Ashraf Sinclair, yang juga suami Bunga Citra Lestari.

Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia kerana sakit jantung.

Menurut informasi oleh Suara.com, aktor itu menghembuskan nafas terakhir beliau pada sekitar 4 pagi tadi – 18 Februari 2020.

Ashraf Sinclair mengahwini Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008.

Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang putera, bernama Noah.

Ashraf merupakan pelakon kelahiran Malaysia. Yang melebarkan sayapnya ke Indonesia.

Pada masa yang sama Ashraf menikmati karier lakonan yang sangat baik di kedua dua buah negara.

Pemergian beliau pastinya dirasai oleh ramai peminatnya. Dan ia juga kehilangan sebutir lagi permata dalam dunia seni.

Takziah kepada keluarga Ashraf Sinclair.

Baca yang lain