Asmirul Jawab Isu Tunggakan Gaji Kedah FA & Persoal Campur Tangan JDT

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris tampil dengan penjelasan tentang isu tunggakan gaji pemain Kedah FA.

Sebelum ini, para penyokong Kedah meminta pengesahan KFA tentang perkara itu.

Berikut penjelasan beliau.

Isu tunggakan gaji

“Assalammualaikum..

Sekali lagi saya di hujani dengan persoalan berhubung pembayaran gaji pemain melalui media massa ketika negara sedang menghadapi ujian penyebaran wabak COVID19.

Saya telah menghubungi pengurusan KFA dan pihak penaja untuk mendapat kepastian.

Untuk makluman semua, pihak Pengurusan KFA sememangnya sudah diperjelaskan oleh pihak penaja(sponsor) untuk melunaskan gaji pemain sebagaimana yang telah dipersetujui bersama terma dan syarat pembayaran.

Apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pertama pada 18 Mac 2020, pihak penaja telah memohon penangguhan pembayaran sehingga tamat gelombang pertama.

Malangnya, sebagaimana yang semua sedia maklum, PKP telah di lanjutkan hingga ke peringkat 3 yang akan berakhir pada 28 April 2020.

Penaja janji tetap bayar

Ini telah menyukarkan pihak penaja untuk menjelaskan kerana perniagaan mereka juga terjejas teruk akibat daripada kekangan ekonomi yang berlaku.

Namun mereka tetap berjanji akan menjelasakn penajaan sebaik sahaja PKP tamat.

Di pihak Kerajaan Negeri Kedah pula, keutamaan harus di berikan setelah menyelesaikan kesemua budget rangsangan ekonomi serta bantuan keperluan kepada rakyat untuk kos sara hidup yang pada ketika ini tentunya telah menjadi agenda utama negeri.

Misi menaik taraf keperluan kesihatan serta menyelamatkan nyawa rakyat menjadi keperluan yang amat penting.

Kerajaan Kedah menfokuskan patuh PKP ini dititik beratkan sehinggalah kita berjaya mengekalkan 5 hari(10~14 April) berturut-turut tiada kes baru Covid 19. Ini semua hasil keutamaan kerajaan negeri.

Bolasepak sebagai sukan yang paling di minati di Kedah tidak akan di kesampingkan. Ianya kini berada di agenda kedua langkah penyelesaian setelah pihak penaja menghadapi kekangan ketika kegawatan ekonomi.

Kerajaan negeri masih boleh mempunyai dana untuk langkah penyelesaian. Segalanya akan di selesaikan sebaik mungkin oleh kerajaan setelah tamat tempoh PKP ini. Insya Allah.

Ramai yang bertanya kenapa tiada perbincangan dengan pemain untuk langkah penyelesaian?

Untuk makluman, pihak MFL dan FAM masih lagi belum menyediakan kata putus bilakah tarikh akan bermula kembali liga setelah bermesyuarat berkali-kali.

Keputusan menangguhkan liga tiada kata putus. Tarikhnya masih dalam perbincangan yang sentiasa ditangguh dari satu mesyuarat kepada satu mesyuarat yang akan datang.

Jadi bagaimana pihak pengurusan di setiap negeri atau badan gabungan di seluruh Malaysia boleh menstruktur kewangan pasukan masing-masing serta mengadakan perbincangan dengan pemain?

Sepatutnya FAM dan MFL menjaga kebajikan negeri-negeri selaku badan gabungan ketika negara sedang di landa pelbagai musibah. Bukan hanya sekadar menjadi perantara kepada sebuah negeri.

Jika mereka sendiri gagal mencari kos bantuan untuk menjaga kebajikan negeri yang teruk di landa musibah apalah sangat keupayaan setiap negeri bersama penaja masing-masing.

Kenapa JDT campur tangan?

Saya juga mempersoalkan kewajaran JDT untuk campur tangan dalam pengurusan badan gabungan seolah melangkaui FAM?

Untuk apa tujuan menggembar gembur di dalam media ketika negara gawat dengan wabak COVID19?

Saya bercakap bagi seluruh negeri yang terlibat di dalam Liga ini bukan hanya bercakap bagi pihak negeri Kedah.

InsyaAllah bermula tampuk pimpinan Mei 2018 sehingga kini belum pernah Kedah FA gagal melangsaikan gaji pemain. Cuma kelewatan yang berlaku adalah kerana wabak COVID19 yang telah melanda seluruh dunia.

Perbincangan dengan pemain akan segera di langsungkan setelah pihak FAM dan MFL memberikan tarikh terakhir kemaskini permulaan kembali musim 2020.

Asmirul Anuar Aris
Setiausaha Kehormat KFA

‘Biar Jasa Jadi Kenangan'”

Baca yang lain