Assist Maps 225 Assist Di Maria Ini Membuktikan Betapa ‘Gilanya’ Kualiti Beliau

Angel Di Maria antara pemain penyerang yang sangat bagus. Satu data tentang peta hantara Di Maria telah membuatkan ramai netizen kagum.

Di mana berdasarkan rajah tersebut ternyata di Maria boleh melakukan assist dari kiri dan kanan. Malah beliau turut mencipta assist yang sangat bagus dari bahagian tengah.

Di Maria dikenali dengan kekuatan kaki kiri. Namun pada masa yang sama, beliau kerap melakukan rabono dan juga hantaran dengan luar kaki /outside foot.

Lihat beliau menggunakan rabona di sini, sayang sekali gol ini ofsaid.

Dan ini pula hantaran pembunuh dengan kaki luar – di mana bola hantaran leret tepat berjaya mencipta gol.

Di Maria memang seorang pemain yang memiliki teknik hantaran yang sangat banyak variasi.

Lihat aksi beliau menggunakan kaki kananya untuk melakukan rabona. Salah satu assist terbaik beliau di dalam kariernya.

Maka terciptalah rajah ini yang merupakan assist map untuk Di Maria sepanjang kariernya setakat ini.

Berdasarkan carta hantaran di atas, anda akan perhatikan ada 7 assist beliau dihasilkan daripada kawasan sendiri. Membuktikan betapa Di Maria lebih daripada pencipta gol daripada kawasan serangan/ final third.

Menurut transfermarkt, Di Maria ketika ini sudah melakukan 225 assist di dalam kariernya daripada 619 perlawanan. Itu adalah satu angka yang sangat gila.

Angel Di Maria merupakan bintang yang pernah merasa bermain dengan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar di dalam kariernya.

Zaman kegemilangan beliau pastinya ketika beraksi di Real Madrid di mana beliau menikmati karier cemerlangnya. Di Maria kemudian menyertai Man United. Dan agak kurang menjadi di bawah kendalian Louis van Gaal.

Lalu Di Maria menyertai PSG. Beliau sememangnya tiada masalah untuk menjadi bintang di Ligue 1 berdasarkan kualiti beliau dan jurang kualiti pasukannya berbanding pasukan lain.

Kini Di Maria perlu melengkapkan kariernya di PSG dengan kejuaraan Liga Juara Juara Eropah yang menjadi sasaran utama pemilik kelab.

Baca yang lain