Aston Villa dilaporkan terkejut dengan tindakan kelab seteru mereka di EPL yang menghantar bidaan untuk membeli Jhon Duran.
Penyerang yang dalam prestasi yang baik pada musim ini, sebelum ini menarik minat kelab besar seperti PSG.
Namun apa yang mengejutkan adalah, West Ham United terlebih dahulu menghantar bidaan.
Aston Villa tidak menyangka West Ham ada keberanian mahu membeli pemain itu.
Seorang peminat Villa menulis di X: “West Ham cuba membeli Jhon Duran, sedangkan peminat mereka sendiri tahu benda itu tak masuk akal.”
Villa sudah melanjutkan kontrak pemain itu beberapa bulan lalu dan tidak ada niat untuk menjual pemain tersebut kecuali ada tawaran luar biasa.
Misalnya, PSG sebelum ini dikatakan cuba menerokai pilihan mahu membeli pemain itu dengan menyertai wang tambah dengan pemain, Randal Kolo Muani.
Tetapi PSG kemudian tidak meneruskan usaha itu. Kerana menjangkakan Aston Villa masih meminta wang yang terlalu banyak ditambah.
Itu bukan bermakna PSG sudah tidak berminat dengan pemain itu. Mereka cuma tidak membuat sebarang bidaan rasmi lagi.
West Ham yang berada di tangga ke-14 dalam liga, menghantar bidaan GBP57 juta untuk membeli pemain tersebut.
The Guardian melaporkan sebenarnya itu adalah bidaan kedua daripada West Ham untuk pemain yang dibeli dengan nilai GBP18 juta oleh Aston Villa daripada Chicago Fire.
David Ornstein berpendapat bahawa bidaan ini dijangka akan ditolak oleh West Ham.
Pemain itu masih ada kontrak sehingga 2030 di Villa Park dan pemain itu menarik minat banyak kelab besar. Bermakna Duran sendiri pastinya dijangka tidak akan memandang tawaran ini.
Peminat turut hairan, kenapa West Ham berterusan menandatangani pemain penyerang. Sedangkan masalah utama mereka adalah pertahanan.
West Ham have conceded the fourth most goals in the Premier League but still keep signing attacking players.
— Soccerbase | Football Tips (@soccerbase) January 20, 2025
Harus diingat, West Ham baru baru ini kehilangan Michail Antonio yang terlibat kemalangan yang ngeri.
Duran kini menjadi penyerang utama Villa di atas Ollie Watkins. Dia sudah menjaringkan 12 gol daripada 17 penampilannya.
Dia sudah menyatakan bahawa dia terhutang budi dengan Unai Emery dan mahu membantu pengurus itu dengan sedaya upanya.
Aston Villa kini dalam proses untuk memuktamadkan pembelian Loic Balde dari Sevilla. Seterusnya Villa juga berminat mendapatkan bek kanan Levante, Andres Garcia.
Sementara itu, Diego Carlos yang menjadi pemain di kelompok pemain penerima gaji tertinggi kelab dijamngka akan menyertai Fenerbahce.