Atas Alasan Kemanusiaan, Harry Kane Pakai Lilitan Pelangi Di Qatar

Kapten England , Harry Kane bertekad mahu memakai lilitan pelangi ketika Piala Dunia 2022. Kane menyatakan bahawa dia mahu membawa mesej kemanusian di Qatar.

Qatar merupakan negara Islam yang menentang hubungan songsang. Dan Kane memperjuangkan hak tersebut atas alasan menentang diskriminasi orientasi seksual.

Kane membawa kempen One Love yang turut disokong oleh pasukan England.

Selain itu Kane juga akan berjumpa dengan pekerja imigran di Qatar 2022 tanda sokongan kepada mereka. Ini selepas banyak laporan yang menyebut bahawa Qatar melakukan penindasan ke atas pekerja asing.

Kane sebelum ini sudah menyatakan niatnya mahu memakai lilitan pelangi di Qatar. Sebaik sahaja mendengar Manuel Neuer menyatakan kemahuannya untuk melakukan perkara itu.

England sekali lagi tampil sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022. Dengan slogan Football Is Coming Home, England mendapat inspirasi daripada skuad wanita mereka yang menang Euro baru baru ini.

England hadir dengan status finalis Euro 2020 dan merupakan salah sebuah pasukan terkuat di peringkat kelayakan.

Qatar sebelum ini sudah memberikan amaran kepada penyokong agar tidak terlalu terang menunjukkan orientasi kesongsangan mereka seperti mengibarkan bendera pelangi.

Kerana risau ianya akan mengundang kemarahan penduduk di Qatar dan berlaku insiden tak diingini. Namun Qatar tetap menyatakan bahawa mereka mengalu alukan sesiapa sahaja datang menyaksikan Piala Dunia 2022 walaupun mereka songsang sekalipun.

Baru baru ini penyokong Jerman dengan biadapnya mendesak Qatar mengubah undang undang negara tersebut berkenaan dengan orang songsang.

Baca yang lain