Atas Dasar Profesional, Mbappe ‘Tak Campur’ Halang PSG Lepaskan Neymar

Jika sebelum ini Neymar menjadi antara orang yang benar benar beriya mahukan Mbappe terus kekal ketika rumors ke Real Madrid bertiup kencang. Namun kini Mbappe mengambil haluan berbeza.

Neymar melanjutkan kontrak dengan PSG musim lalu dan menyatakan bahawa dia menyesal sebelum ini kerana pernah terfikir mahu kembali ke Barcelona.

Neymar merujuk kepada perangainya beberapa musim lalu ketika dia mendesak kelab menjualnya kembali ke Barca.

Kini PSG cuba menjual Neymar kerana mereka perlu mengeluarkan bil gaji beberapa pemain untuk memastikan akaun mereka sihat dari segi FFP.

Mama Neymar menjadi salah seorang pemain yang disenarai untuk dijual. Pengarah Sukan Baharu PSG, Luis Campos juga merasakan bahawa tindakan itu harus diambil PSG kerana mereka kini sudah ada Messi dan Mbappe yang memiliki gaji sangat besar.

PSG berusaha membina projek sukan baharu mereka berdasarkan Kylian Mbappe. Seperti yang mereka janjikan dalam kontrak. Seterusnya segala keputusan jual beli pemain – Kylian Mbappe memiliki suara untuk membantah atau mempersetujui.

PSG dalam proses melantik Christophe Galtier selepas Zinedine Zidane langsung tak berminat dengan PSG.

Foot Mercato melaporkan bahawa Galtier mahu bermain dengan 3-5-2. Lalu Luis Campoz beroendapat bahawa salah seorang daripada front 3 bergaji mahal tersebut harus dijual.

Pemilik kelab, Nasser Al Khelaifi sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia mahukan Messi terus kekal bersama PSG dan yakin pemain itu akan menunjukkan aksi terbaiknya pada musim akan datang.

Nama Neymar menjadi sebutan akan dikeluarkan sejak Kylian Mbappe memuktamadkan kontrak baharu lagi kerana isu FFP.

Kylian Mbappe sudah menyatakan pendiriannya kepada kelab bahawa dia menerima keputusan itu walaupun Neymar adalah rakannya.

Neymar kemudian memuat naik video, hello fake news!

Tetapi kemudian laporan di Brazil menyatakan bahawa video itu ditujukan kepada media Brazil yang melabel Neymar sebagai kaki perempuan dan dikaitkan berpacaran dengan beberapa wanita.

Luis Campos dikenali sebagai pengarah sukan yang radikal. Dia mahu semua pemain yang tidak ada dalam perancangan pengurus harus dijual segera sebelum jendela perpindahan pra musim ditutup.

Dia juga sudah memiliki senarai panjang pemain yang sesuai dengan taktikal pengurus untuk mereka pertimbangkan.

Itulah salah satu sebab kenapa Nasser Al Khelaifi melantiknya. Kerana dia merasakan ada ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas PSG yang kaya raya.

Nasser berkata: “Kami bukan lagi pasukan yang flashy, bling bling. Zaman berkelip kelip macam tu dah berakhir.”

“Sekarang, pendirian PSG jelas, pemain yang tidak ada dalam projek harus pergi,” kata Nasser Khelaifi.

Kenyataan itu merujuk kepada polisi sebelum ini yang suka memeram pemain bergaji mahal walaupun tidak berada dalam projek pengurus.

Nasser Al Khelaifi menambah: “Ada yang mengambil kesempatan dengan situasi kelab dan ini semua dah berakhir.”

Ejen dan pemain pastinya sedar dengan amaran Al Khelaifi pada kali ini bahawa dia mahukan projek sukan yang lebih serius berbanding projek yang sensasi penuh bintang semata mata.

Bukan sahaja Neymar, malah beberapa nama lain turut dalam risiko untuk ‘dipancung’ daripada kelab termasuk Icardi, Kurzawa, Draxler, Herrera, Kehrer malah even Wijnaldum dan Danilo Pereira.

Icardi dan Kurzawa dianggap tidak begitu serius dengan projek PSG dan hanya mahu menikmati gaji mewah. Sementara pemain pemain lain dianggap tidak konsisten.

Beberapa nama dalam pertimbangan PSG untuk dibawa masuk ialah Renato Sanchez dan Skriniar.

Baca yang lain