Atas Permintaan Peminat, Inter Miami Pecat Phil Neville

Dalam satu perkembangan pelik tapi benar daripada Amerika Syarikat, Phil Neville telah dipecat oleh hierarki tertinggi kelab.

Alasan utama pemecatannya adalah kerana penyokong Inter Miami sudah menyampah dengan Phil Neville dan mendesak kelab itu memecatnya.

Phil Neville sebelum ini dilantik oleh kelab yang turut dimiliki bekas rakan sepasukannya di Man United iaitu David Beckham.

Inter Miami menebus kontrak Neville daripada FA England pada 2021. Ketika itu dia menjadi pengurus pasukan wanita England.

Kekalahan terbaru 0-1 di tangan New York Red Bulls menjadi perlawanan terakhirnya di kelab itu. Dengan meletakkan kelab di tangga tercorot dalam konferens timur.

Phil Neville dianggap tak cukup bagus dan seorang yang seringkali biadap dengan wartawan. Misalnya baru baru ini dia mencarut ke atas wartawan.

David Beckham mengucapkan terima kasih kepada Phil Neville. Kerana jasanya selamanya lebih dua tahun di kelab itu.

Dan menganggap Phil Neville seseorang pengurus yang bagus walaupun agak kurang menjadi pada musim ini di Inter Miami.

Inter Miami melantik Jason Kreis sebagai interim. Kreis merupakan pembantu kepada Phil Neville selama dia berkhidmat di Inter Miami.

Peminat kemudian menganjing Phil Neville menyatakan bahawa dia adalah salah seorang tokoh yang berjaya kerana nepotisme dan kronisme.

Seorang peminat berkata: “Peringatan, Phil Neville telah dilantik menjadi jurulatih atau pengurus oleh bekas bos dia sendiri David Moyes (ketika di Man United), dilantik rakan perniagaannya Peter Lim, dan abangnya Gary Neville (ketika di Valencia), dilanatik oleh lembaga pengarah termasuk dirinya sendiri ada di dalamnya dan beberapa rakan niaga, pada kerja yang dia tak perlu ditemuduga oleh rakan niaga, David Beckham.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai