Atlet lapang sasar Turkiye ini menjadi viral selepas gaya bersahajanya berjaya membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik.
Yusuf Dikec, 51, dilihat sangat santai dan bersahaja sambil menunjukkan aura legendanya ketika acara pistol angin pada Selasa.
Dikec bergandingan dengan rakan duo, Sevval Ilayda Tarhan, berjaya menamatkan persaingan di tangga kedua dengan kelengkapan yang sangat minimum digunakannya.
Dikec dilihat tanpa memakai goggles khas atau perlindungan mata yang menjadi peralatan wajib bagi atlet menembak. Dia malah tidak menggunakan kanta khas.
Dikec tampil dengan cermin mata berkanta yang biasa, dan earplug. Itu sahaja. Dan dia masih cemerlang menewaskan ramai peserta lain.
Dia meletakkan tangan di poketnya dan baju t-shirt. Penampilannya benar benar menarik perhatian warganet. Ada yang menganggap penampilannya itu benar benar mengubah pandangan mereka kepada acara tersebut.
Olimpiyat tarihinin en karizmatik olaylarından biri; Astsubay Kıdemli Başçavuş Yusuf Dikeç…
Hiçbir teçhizatı olmadan, bir eli cebinde atış yaparak Olimpiyat gümüş madalyasını Türkiye’ye getirdi.
Tabancasında ise Ay yıldızımız… pic.twitter.com/VmSkfN67UG
— Batuhan Çolak (@batuhancolak33) July 31, 2024
Ada juga yang mengusik, Yusuf Dikec seperti baru keluar rumah dan membuat aktiviti yang dia suka di halaman rumah macam biasa. Tanpa sebarang tekanan.
Turkish Archives menulis: “Dalam acara menembak di Olimpik, mereka menggunakan kelengkapan seperti, lensa anti kabur, lensa untuk lebih ketepatan, pelindung bunyi bising di telinga, dan kemudian seorang lelaki Turki, datang dan memenangi pingat perak hanya dengan sepasang kacamata.”
Gayanya itu membuatkan dia menjadi legenda segera dengan gambar yang dikongsi di Twitter telah berjaya meraih sehingga 21 juta views.
Sebelum ini penembak wanita Korea Selatan, Kim Yeji turut viral kerana gayanya yang ibarat pelakon filem Korea.