Atlet Bangladesh Tendang Blender Digantung Seumur Hidup

Atlet bina badanBangladesh, Jahid Hasan Shuvo telah digantung seumur hidup oleh Persatuan Bina Badan Bangladesh keran dituduh tidak dapat menerima kekalahan sehingga menyepak hadiah pertandingan.

Walaupun sebenarnya Jahid bukan sahaja tak boleh menerima kekalahan di tangga kedua tetapi dia turut bengang dengan hadiah yang diterima hanyalah sebuah pengisar ataupun blender.

Jahid menganggap ianya satu penghinaan kepada atlet bina badan yang bersusah payah sepertinya.

Selain Jahid dikatakan bengang dengan cara VIP yang menyampaikan hadiah seolah olah memandang rendah kepadanya.

Di mana ada seseorang di atas pentas telah menggunakan bahasa agak kasar kepadanya mengarahkannya berdiri di tepi.

Dalam hatinya memang sudah berkecamuk kecewa kerana kalah sedangkan badannya lebih baik. Diberikan pula hadiah blender.

Akhirnya dia mengamuk dan menendang kotak hadiah itu.

Kejadian itu berlaku dalam Kejohanan Bina Badan Kebangsaan BABF 2022 yang berlangsung pada 23 Disember 2022.

BBAF kemudian membuat laporan yang dianggap cerita sepihak, iaitu Jahid tak dapat menerima kekalahannya. Kerana dia merasakan badannya lebih berhak daripada juara pertandingan (kiri hujung sekali).

Fizikalnya kelihatan luar biasa, tetapi para hakim menilainya secara berbeza dan meletakkannya di tempat kedua.

Para peminat sukan seluruh dunia pula merasakan bahawa Jahid Shuvo sebenarnya seolah olah bengang dengan hadiah yang dia terima.

Ramai mempertahankan tindakannya itu sebagai satu kritikan terbuka kepada persatuan sukan di Bangladesh yang lama sudah korup.

Namun Persekutuan Bina Badan Bangladesh telah melarangnya bertanding seumur hidup.

Dalam video yang disiarkan di Instagram, detik tepat keputusan diumumkan dapat dilihat. Dalam klip itu, Shuvo kelihatan jelas terganggu dengan keputusan pertandingan. Dia nampaknya tidak berminat untuk menerima hadiahnya dan bergambar bersama penganjur untuk beberapa gambar.

Rasa tidak puas hati Shuvo semakin jelas selepas diminta berdiri di sisi oleh salah seorang hos. Tidak lama selepas itu, dia dilihat menendang hadiahnya dari pentas.

Walaupun tingkah laku Shuvo jelas tidak ada semangat kesukanan, dia kemudiannya memberitahu media untuk menjelaskan bahawa dia sedang melawan rasuah yang wujud dalam Persekutuan Bina Badan Bangladesh.

Dia sudah lama bersabar dengan situasi itu. Di mana mereka yang lebih layak menang tidak menang kerana tidak ada kabel dengan orang atasan ataupun tidak menyogok juri.

Jahid berkata: “Ini adalah satu tendangan kepada rasuah. Apa-apa jenis rasuah di mana-mana tempat di negara kita. Kanak-kanak pun boleh membezakan fizikal antara saya dan pemenang.”

“Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf atas reaksi saya, kerana tanpa konteks, ia kelihatan tidak menyenangkan bagi seorang ahli sukan untuk berbuat demikian.”

Persekutuan Bina Badan Bangladesh, selepas berunding dengan IFBB, mengumumkan larangan seumur hidupnya daripada pertandingan pada 25 Disember. Bagaimanapun, kemudian, lebih banyak rakaman telah didedahkan.

Pengharaman itu jelas itu tidak diterima dengan baik oleh orang ramai, yang menganggap Shuvo jelas mempunyai otot badan yang lebih baik.

BBF, di halaman Facebook rasmi mereka, menyiarkan video yang menunjukkan Shuvo berkelakuan tidak wajar dengan trofi dan pingat yang diterimanya, dan menyatakan bahawa ini adalah sebab sebenar larangan itu.

Namun respon daripada netizen pula rata rata mempertahankan Shuvo yang dianggap berhak menang dan dia tak sepatutnya diberikan hadiah hanya blender.

Ada yang menganggap industri sukan bina badan ibarat satu jenaka, dengan kepesatannya di seluruh dunia, namun begitu sukar mencari penaja.

Ada juga mempersoalkan di mana wang peruntukan oleh kerajaan? Takkanlah cuma mampu digunakan membeli pengisar di kedai elektrik sahaja?

Salah seorang hakim panel, bekas ahli bina badan sendiri, mengulas mengenai reaksi Shuvo dan pengharamannya selepas fakta itu. Bercakap kepada Dhaka Tribune, bekas ahli bina badan itu berkata:

“Saya sudah 32 tahun dalam sukan ini tetapi tidak pernah melihat kejadian sebegitu sebelum ini. Dia kalah kerana terdapat atlet yang lebih baik daripadanya. Terdapat 12 hakim yang memilih yang terbaik dan dia hanya mendapat lebih sedikit undian.”

“Ada menang dan kalah dalam sukan itu. Dan seseorang itu perlu menerimanya, tetapi dia tidak dapat menahan kemarahannya.”

“Saya mengenalinya untuk masa yang lama. Saya menyukainya. Dia mempunyai masa depan yang cerah, tetapi dia hanya merosakkan kerjayanya dengan kejadian ini. Saya berasa sedih untuk dia kerana saya tidak dapat membayangkan dia boleh bertindak seperti ini.”

Penggantungan itu dilaporkan tidak boleh dirayu dan kekal selamanya.