Pelari jarak jauh Singapura, Soh Rui Yong memberikan ulasan pakarnya tentang situasi bola sepak di Singapura.
Singapura terus bergelut untuk memperbaiki ranking mereka di peringkat FIFA. Dan masih sukar untuk berssaing di peringkat antrabangsa. Ini termasuk di Asia Tenggara dan juga Asia.
Menjawab persoalan itu, Rui Yong menganggap Singapura sendiri yang bersalah kerana menghadkan gedung bakat mereka sendiri kerana sikap orang Cina di negara itu yang tak minat bola.
Menurutnya, Singapura tidak maju dalam bola sepak kerana kurangnya penglibatan kaum Cina dalam sukan itu di negara tersebut.
“Ianya seperti kita bercakap tentang pemecahan bangsa dalam topik ini. Namun, kebanyakan atlet Cina kita, yang merupakan bangsa dominan di Singapura, mereka tidak bermain bola sepak.”
Ianya disambut dengan nada setuju oleh Neil Humprehys yang menyatakan dia mengutarakan perkara sama setiap minggu.
Rui Yong menambah: “Maksud saya, salah seorang pemain bola sepak yang saya ikuti ialah Gabriel Quak. Namun saya tak mampu memberikan nama pemain Cina yang lain yang mencipta nama dalam bola sepak domestik.”
“Malah, Gabriel Quak, dia pun semakin berusia dan rasanya dia terlibat dalah perniagaan hartanah sebagai kerja sambilan atau sebagai perancangan selepas dia keluar daripada bola sepak.”
“Saya sentiasa teruja melihat aksi Gabriel Quak, pemain sayap berkaki kiri.”
“Tetapi, maksud saya di sini, saya rasa tiada negara lain dalam ranking FIFA, di mana apabila bangsa dominan / majoriti tidak mewakili negara kamu di peringkat antarabangsa, maka ianya adalah perkara yang harus diambil perhatian.”
“Kerana gedung bakat kamu terhad kepada bangsa minoriti.”
“Jadi, jangan salah tanggapan kepada saya. Saya tidak menyatakan bahawa ianya [kumpulan minoriti] tidak mampu membawa kepada kejayaan. Cuma kamu menghadkan gedung bakat kamu dengan sangat parah.”
Ramai kurang bersetuju dengan pandangan Rui Yong.
Salah seorang peminat menyatakan: “Tiada kaitan dengan bangsalah wei. Ini semua bergantung kepada cara kamu memilih pemain terbaik. Saya di sini nak salahkan kriteria pemilihan pemain, jurulatih, pasukan kebangsaan dan persatuan.”
“Saya berjumpa Ryan Stewart, pemain muda yang hebat yang saya saksikan sekarang ini. Dan dia masih gagal terpilih, kini dia bermain di Thailand.”