Atlet Ini Rungkai Mitos Katil Anti Hubungan Intim Di Olimpik Cuma Teori Budak Twitter

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Tokyo menyediakan katil diperbuat dari kadbod untuk menghalang para atlet melakukan hubungan intim sesama mereka.

Menurut laporan tersebut, katil tersebut akan mudah rosak jika digunakan oleh dua orang dewasa terutama sekali mereka yang melakukan hubungan di atasnya.

Ini kerana pada sekarang musim wabak, maka hubungan seperti itu tidak digalakkan. Sebenarnya ia cuma teori yang diwujudkan dari platform Twitter – menurut laporan Forbes.

Dan lebih gila, ramai yang percaya termasuk media arus perdana yang popular.

Seorang atlet gimnastik Ireland, Rhys McClenaghan kemudian membuat satu video yang menyangkal sama sekali bahawa kadbod itu mudah rosak. Dia malah melakukan beberapa siri lompatan di atas katil tersebut.

Rhys McClenaghan kemudian berkata: “Itu berita palsu, berita palsu ya.”

Sebenarnya, kadbod itu memang betul. Tetapi ianya dibuat dengan sangat baik dan tegap. Jepun menggunakan kadbod untuk membuat katil sebagai langkah proaktif menggunakan bahan kitar semula untuk penganjuran kali ini.

Teknologi yang luar biasa

Atlet yang akan bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan tidur di atas katil yang diperbuat daripada kadbod. 18,000 bingkai katil ‘single’, yang akan mengisi kediaman Atlet Village yang dibina di sebelah Tokyo Bay.

Katil tersebut sudah dipamerkan pada hari Khamis lalu oleh penganjur. Dan katil itu hanya akan dihantar ke perkampungan sukan, sebaik sahaja perkampungan sukan tersebut siap sepenuhnya pada Jun ini.

Menurut Associated Press, katil ini dihasilkan oleh syarikat kasut Jepun, Airweave. Ia diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula yang. Malah pembuat katil mengesahkan  bahawa ianya lebih kuat daripada bingkai kayu.

Takashi Kitajima, pengurus besar Atlet Village, memberitahu wartawan, bahawa katil tersebut boleh menampung berat muatan sehingga 200 kilogram.

Hanya ada beberapa atlet sahaja yang melebihi had tersebut. Ditanya tentang adakah katil itu mudah pecah, Kitajima menjawab: “Mana-mana katil kayu pun akan runtuh jika kamu melompat ke atasnya.”

Katil-katil itu akan dikitar semula selepas sukan olimpik itu nanti. Ia adalah satu lagi cara Tokyo mengurangkan penggunakan sumber semulajadi dengan menggunakan barang kitar semula.

Sebelum ini mereka sudah mengesahkan bahawa pingat kejohanan nanti akan diperbuat daripada bahan buangan seperti telefon pintar terpakai yang didermakan di seluruh dunia.

Usaha yang harus dipuji dilakukan oleh Tokyo 2020. Ini adalah olimpik pertama yang menggunakan bahan kitar semula untuk katil atlet.

Usaha tersebut sudah bermula sebelum wabak melanda dunia lagi. Dan pada September 2019, katil tersebut pernah muncul dalam laporan USA Today. Tiba tiba pula ianya dikatakan dibuat sebagai katil anti hubungan sulit.

Seterusnya, seorang jurulatih olimpik memberitahu, para atlet memang tidak digalakkan melakukan hubungan seksual ketika berada di perkampungan Olimpik.

Kerana ianya boleh menjejaskan kondisi fizikal mereka. Itu memang sudah lama dipraktikkan walaupun harus diakui ramai atlet dari barat yang tidak peduli sangat dengan ‘pantang’ tersebut.

Malah pingat kejohanan turut diperbuat daripada kitar semula telefon pintar dan komputer.

Pingat dari bahan kitar semula

Pernah tak anda memasukkan telefon pintar anda yang sudah rosak ke dalam kotak kitar semula, dan kemudian, tertanya-tanya, ke manakah telefon pintar itu akan dihantar.

Jika anda pernah melakukannya di negara matahari terbit, Jepun, telefon pintar anda mungkin menjadi salah satu penyumbang kepada Olimpik 2020. Ini selepas Jepun selaku hos kejohanan telah menggunakan lebih 6.2 juta telefon pintar untuk diproses bagi membentuk pingat emas, perak dan gangsa sukan Olimpik 2020.

Sukan Olimpik 2020 itu telah membuat sekitar 5,000 pingat kejohanan untuk dimenangi para atlet dari seluruh dunia. Pihak penganjur telah mengesahkan bahawa mereka menggunakan 100% bahan terpakai – terdiri daripada telefon pintar yang dikitar semula.

Telefon pintar merupakan gadget yang sudah menjadi sangat popular di kalangan manusia. Ianya lebih daripada sekadar kehendak, malah telah menjadi satu keperluan yang penting.

Namun begitu, harus diakui, penggunaan telefon pintar telah meningkat dengan sangat mendadak kerana adanya ‘trend’ membeli telefon baharu, apabila adanya keluaran terkini. Lambakan produk telefon pintar ini bermakna semakin banyak telefon lama yang tidak digunakan dan terpaksa dibuang.

Selain daripada telefon pintar, beberapa peralatan lain turut menyumbang kepada pembuatan pingat Olimpik 2020, iaitu kamera, laptop yang dipercayai telah menjadikan kesemua bahan-bahan tersebut terkumpul hapir 80,000 tan.

Pihak penganjur Olimpik 2020 berjaya menemui kajian yang menyatakan bahan-bahan daripada peralatan elektronik tersebut apabila diekstrak, akan mampu menghasilkan, 30.3 kilogram emas, 3,500 kilogram perak dan 2,700 kilogram gangsa.

Jawatankuasan yang bertanggungjawab berpuas hati dengan sasaran yang mereka capai. Ini kerana untuk pingat emas mereka berjaya mencapai 93.7% kejayaan dan untuk perak di paras 85.4%. Sebaliknya untuk gangsa pula mereka berjaya mencapai sasaran 100%.

Bila ia dimulakan?

Sumbangan daripada orang ramai kepada jawatankuasan penganjuran bermula pada April 2017. Sumbangan tertinggi dilaporkan daripada NTT Docomo Shop, yang merupakan antara kedai elektronik paling popular di Jepun. Jawatankuasan Olimpik Jepun berbangga dengan usaha mereka kerana ianya mampu membantu untuk menyelamatkan alam sekitar.

Ia juga mendapat pujian daripada ramai pihak yang berharap usaha seumpama ini akan diteruskan di masa-masa akan mendatang.

Bukan yang pertama

Ini bukanlah kali pertama pingat olimpik diperbuat daripada kitar semula bahan elektronik.

Pada 2010, Sukan Olimpik musim sejuk dan Paralimpik ketika itu menggunakan kaedah yang sama hasil daripada kitar semula tv dan komputer. Cuma Jepun kali ini melakukannya pada skala lebih besar dan di pentas lebih tinggi. Ia akan memberikan lebih kesedaran kepada semua.

Tahniah kepada Jepun di atas usaha murni ini. Semoga langkah seperti ini terus membuka mata semua pihak untuk memberikan semula nilai kepada telefon pintar dan peralatan elektronik yang lain yang sudah tidak digunakan lagi.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan