Atlet Korea,Tian Zhixi Tular Sebab Comel, Rupanya Kerana Pembedahan Plastik

Pemain pingpong Korea Selatan, Tian Zhixi menjadi perhatian ramai apabila wajahnya sangat berbeza sama sekali daripada beberapa tahun lalu.

Namanya tiba tiba menjadi antara atlet paling banyak dicari di internet dari seluruh dunia.

Min News melaporkan bahawa Tian Zhixi melakukan pembedahan platik ke atas wajahnya untuk menjadi lebih cantik.

Tian Zhixi berdepan dengan pemain Jepun, Ito Mi dalam aksi suku akhir. Walaupun Zhixi kalah, namun perhatian peminat dari seluruh dunia lebih kepadanya kerana dia dilihat cantik.

Peminat dari China melabel Zhixi sebagai plastik bergerak ketika beraksi. Merujuk kepada wajahnya yang bertukar dengan drastik.

Zhixi kelihatan jauh lebih muda daripada sebelum ini.

Zhixi tak pernah berselindung dengan wajahnya cantik kerana pembedahan plastik. Malah, beberapa tahun lalu, dia dengan tenang menjawab pertanyaan netizen dari China dengan berkata: “Saya membelanjakan sekitar RMB4000 [kira kira RM2,600] untuk menanam semula rambut. Saya juga membuat pembedahan kelopak mata serta memutihkan lagi kulit.”

Seorang netizen menjawab: “WOW, sangat jujur, saya hargai kejujuran kamu.”

Sebenarnya orang China memang lama dan berbulu dengan Zhixi. Ini kerana dia menukar kewarganegaraannya kepada Korea Selatan.

Tian Zhixi lahir di Hebei China. Oleh kerana persaingan sangat sengit di China, Tian memutuskan untuk mewakili Korea bagi merealisasikan impiannya ke Olimpik.

Sebenarnya ramai percaya dia ke Korea atas sebab tawaran wang dan pakej lain yang lebih menarik dari negara tersebut. Kerana Tian Zhixi merupakan antara prospek China.

Korea Selatan dikenali dengan layanan lebih baik ke atas atlet berbanding China. Di Korea, pemain menikmati lebih kemewahan serta wang kemenangan serta bonus yang lebih banyak dinikmati.

Di China, segalanya serba serbi dikawal kerajaan termasuk wang kemenangan atlet serta tajaan peribadi.

Seorang netizen China menyindir, salah satu sebab kenapa Zhixi menggadaikan maruahnya menukar warganegara kerana dia nak membuat pembedahan plastik di Korea.

Stereotaip ke atas negara Korea Selatan yang artis Kpop mereka seringkali dikaitkan dengan pembedahan plastik.

Sebenarnya, menurut Insider, China merupakan negara utama pembedahan plastik di dunia. Siap ada menawarkan pakej membedah telinga lagi.

China terus menjadi pusat utama pembedahan plastik. Di mana industri pembedahan kosmetik mereka melonjak dari  US$10.1 billion pada 2015, sebanyak  hampir US$27.7 billion pada in 2019.

Tian Zhixi merupakan pemain yang bermain dalam pelbagai acara untuk pingpong Korea Selatan.

Beliau malah pernah menjadi pemain nombor satu dunia dalam ranking pemain pingpong wanita.

Zhixi juga dianggap sebagai pemain yang bijak dan tangkas serta seorang yang peramah. Seringkali melayan peminatnya.

 

Baca yang lain