Atlet Renang Ini Cuba Berenang Tanpa Menitiskan Air Susu

Bleh tak korang berjalan dalam garis lurus dengan segelas susu yang diimbang di kepala anda tanpa menumpahkannya?

Kedengaran sukar bukan namun tak mustahil. Tetapi bagi perenang Olimpik, Katie Ledecky, dia telah membawa cabaran susu ini ke tahap baru.

Di mana dia cuba berenang dengan segelas susu yang diimbang di kepalanya.

Ledecky menyiarkan video dirinya berenang sepanjang kolam dengan segelas susu coklat yang diimbang di kepalanya.

Dia berenang dari titik permulaan ke titik penamat tanpa mengganggu cawan itu atau bahkan menumpahkan setitik pun susu coklat.

Aksi Ledecky itu telah membuat penonton kagum dan tak tak tau nak cakap apa.

Setelah sampai di penghujungnya, dia meneguk air susu itu tanda keraian ringkas.

Dia berkongsi klip dengan kapsyen, “Mungkin salah satu renangan terbaik dalam karier saya! Apa yang boleh anda lakukan tanpa menumpahkan setitik pun?”

Menurut USA Today, dia menjelaskan di Instagram story miliknya, bahawa dia memerlukan kekuatan dalaman yang luar biasa untuk mengekalkan posturnya.”

“Saya menguatkan diri secara dalaman kerana saya tidak dapat bergerak banyak. Saya harus tetap stabil” katanya.

Video tersebut disiarkan ke Instagram Ledecky sebagai sebahagian daripada cabaran Got Milk yang pernah dibuat pada 1994 yang mencabar orang ramai, apa yang mereka boleh lakukan tanpa menitiskan setitik susu dari cawan / “without spilling a drop”.

Katie Ledecky, 23, memiliki lima pingat emas Olimpik di dalam kariernya. Perenang Amerika juga telah memenangi 15 kejuaraan dunia – yang paling banyak dalam sejarah untuk perenang wanita.

Ini bukan pertama kali Ledecky mengimbangi benda dalam hidupnya.

Sebelum ini dia menyeimbangkan kerjaya sebagai atlet renang kelas dunia dan belajar di Stanford dalam satu masa yang sama.

Di luar kolam, dia telah mengikuti kursus dalam talian untuk menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi.

Ledecky memenangi 800m gaya bebas di Olimpik London 2012 dan menambah kejayaannya dalam acara gaya bebas 200m, 400m dan 800m serta gaya bebas 4x200m di Sukan Rio 2016, mengatakan bahawa dia terus berlatih semasa lockdown dengan menggunakan kolam rekreasi di rumah rakannya.

Sepatutnya dia sudah berada di Tokyo untuk Olimpik. Tetapi acara itu ditangguhkan.

Saksikan aksi Ledecky berenang dengan susu di atas kepalanya.

Katie kemudian mengajak orang ramai melakukan cabaran tersebut di TikTok.

Baca yang lain