Atlet Terseksi Dunia Yang Pernah Jadi Fitness Coach Hummels, Sedia Beraksi Di Tokyo 2020

Alica Schmidt memperoleh julukan atlet paling seksi di dunia. Ianya selepas pelari muda dari Jerman itu memenangi warganet dengan memuat naik gambarnya ke media sosial.

Alica Schmidt seorang yang cantik dan badan yang mantap sebagai seorang atlet.

Schmidt dinobatkan sebagai atlet paling seksi di dunia oleh majalah ‘Busted Coverage’ dan dari sana telah mendapat pengikut hampir satu juta pengikut di Instagram, dan telah menjadi pengaruh sejak menjadi bintang viral.

Atlet yang dilahirkan pada tahun 1998 mempunyai pencapaian yang memberangsangkan di peringkat junior.

Pencapaian di trek

Dia membantu kuartet kebangsaan Jerman untuk memenangi pingat perak dalam acara 4×400 meter untuk wanita di Kejohanan Atletik Eropah U-17.

Dia juga berjaya memenangi pingat gangsa pada Kejuaraan Bawah 23 Tahun Eropah dengan jumlah yang sama. Kejayaan ini membuatkan Alica mendapat penajaan khas dari Puma.

Alica Schmidt juga diramalkan sebagai atlet yang akan menarik perhatian di Olimpik 2020.

Namun Alica Schmidt sebenarnya tidak berminat untuk tahu tentang gelaran atlet terseksi diberikan kepadanya. Malah Alica tidak merasakan dirinya cantik ataupun memiliki fizikal yang terbaik.

Dan mahukan gelaran itu diberikan kepada wanita yang lain kerana dia fokus hal sukan dan atletik berbanding isu menjadi ratu cantik.

Beliau sebelum ini pernah berkata: “Saya tidak tahu mengapa saya mendapat gelaran ini. Latihan itu jelas yang paling utama.”

“Ada ribuan gadis di Instagram yang kelihatan cantik dan masih tidak mempunyai banyak peminat yang menjadikan mereka menarik perhatian.”

Menjadi jurulatih kecergasan

Bagi peminat bola sepak, pasti ramai kenal dengan nama Alica Scmidt. Ini selepas para peminat bola sepak melihat Schmidt bersama sama dengan pemain Borussia Dortmund untuk berlatih kecergasan.

Beliau juga berlari berlawan dengan Mats Hummels di trek, dan meninggalkan pemenang Piala Dunia itu di trek 400m.

Kehadiran Schmidt adalah sebahagian daripada inisiatif Puma yang turut menjadi penaja Borussia Dortmund.

Alica Schmidt menjadi jurulatih kecergasan dalam beberapa sesi khas bersama para pemain.

Alica Schmidt baru sahaja kembali menjalani latihan intensif beberapa bulan lalu kerana kuarantin. Dan beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk melatih dan pada masa yang sama berlatih dengan beberapa pemain bola sepak profesional.

Pemain seperti Hummels, Thomas Meunier, Felix Passlack dan juga pemain antarabangsa Switzerland, Manuel Akanji, semuanya berlatih dengan Schmidt dan mengambil bahagian dalam beberapa sesi latihan.

 

Hummels terciduk

Sementara Hummels kemudian menemani dengan Schmidt di litar olahraga untuk test power.

Hummels, bahagian penting dalam pasukan pemenang Piala Dunia Jerman 2014, mendakwa dia tersilap kerana memandang rendah Schmidt. Amboi, ni betul betul kalah ke mengalah ni bey Mats?

Hummels dilihat terbaring di atas trek selepas sesi larian jarak 400m itu. Tidak pasti dia benar benar keletihan ataupun trik lelaki miang cuba menggatal.

Kepada korang yang peminat channel berkaitan dengan latihan kecergasan, boleh la layan channel YouTube Alica Schmidt untuk mendapatkan tips tips terkini.

Kita follow untuk kecergasan fizikal kan. Tak salah.

Ada yang berseloroh, inilah sebabnya Jadon Sancho pada ketika itu mahu terus kekal di Dortmund. Kerana masa tu tengah panas Sancho nak ke United, dan tetiba sign kontrak baru.

Schmidt sedang menyiapkan diri untuk acara balapan di Tokyo 2020.