Atlet Trans (Bekas Special Forces) Ini Menang Acara MMA Wanita Dengan Rear Naked-Choked

Atlet trans MMA, Alana McLaughlin melakukan debutnya dalam aksi MMA pada Jumaat berdepan dengan Celine Provorst.

Dan dia menang mudah pada pusingan kedua dengan mengunci leher lawannya dari belakang (rear naked-choked).

Alana lahir sebagai lelaki, menyertai acara wanita buat pertama kali selepas debutnya. Dia berjaya mendapat status sebagai petarung wanita kerana melepasi piawaian hormon yang ditetapkan oleh MMA. Sama seperti yang digunakan dalam sukan Olimpik baru baru ini.

Alana menjadi petarung trans pertama dalam acara MMA selepas Fallon Fox melakukannya pada 2014. Dan Alana McLaughlin memberikan penghargaan kepada Fallon Fox yang menurutnya telah menjadi inspirasi ramai wanita spec tukar alatan sepertinya.

Selepas tamat pertarungan, Alana berkata: “Saya mengikut jejak langkah Fallon yang merintis jalanan ini. Saya mengikutnya dan berharap akan lebih ramai yang mengikuti di belakang kami selepas ini.”

“Kalau kita semua mahu melihat lebih ramai atlet trans, jika kita semua mahu lebih banyak peluang untuk anak anak yang transjantina, kita harus mulai mebina platform dan ruang untuk merealisasikan semua ini.”

Alana McLaughlin menyatakan dia sangat kecewa kerana sangat susah mencari lawan. Sambil melabel ramai lawan yang dicabarnya sebagai transfobia.

“Mimpi ngeri nak cari lawan ni wei. Jadi saya nak ucapkan salam hormat kepada Provost.”

Dia berkongsi cerita, sudah lama nak menukar jantina, sejak di bangku sekolah namun dihalang ibunya. Alana menyatakan dia memang mahu menjadi wanita dan tidak ada naluri lelaki. Tetapi dipaksa oleh ibunya selama ini.

Lalu dia terpaksa hidup sebagai lelaki lebih 30 tahun sebelum berjaya menukar jantinanya.

“Keluarga saya adalah jenis yang kuat agama, mereka tak setuju, terutama sekali emak saya. Bila dah besar saya tukar la ehem ehem saya kepada bebird.”

“Sejak itu saya sudah tak bertegur langsung dengan emak saya.”

Dia menyatakan, dia bersemangat untuk menewaskan lawannya selepas membaca banyak komen menghentamnya di media sosial terutama di Instagramnnya.

Ramai mempersoalkan kenapa dia bertanding acara perempuan. Ada juga menyuruh dia kekal saja dengan acara lelaki.

Dia menyindir mereka yang mengkritiknya sebagai haters: “Selamat pagi, kawan kawan, penyokong dan yang lain lain [haters]! Saya menerima banyak mesej dan panggilan yang jelik sama macam sebelum ini.”

“Mereka memanggil saya penipu, dan berkata penipu macam saya akan tumbang pada separuh pusingan pertama lagi.”

“Kamu semua harus hormat dengan @cylinelagrande [Provost] dan pergi troll tempat lain.”

“Dia hampir menewaskan saya beberapa kali di gelanggang tadi, dalam kad catatan mata, dia menang pusingan pertama. Ini sajalah benda saya nak post hari ni. Transfobia membuatkan buku lima saya ni makin kuat.”

Kemenangan Alana terus membuatkan netizen berdebat tentang kemenangannya.

Ramai yang merasakan bahawa tindakan membenarkan Alana bertanding acara wanita meletakkan wanita sejak lahir dalam bahaya.

Alana bukan calang calang orang ketika dia menjadi jantan dulu. Dia merupakan bekas tentera unit khas/ special forces, berpangkat sarjan.

Malah sebelum pertarungan, ramai yang sangat terkejut melihat apa yang berlaku.

Ada juga yang bertanya, di mana ekualiti yang dicanangkan oleh puak pelangi ini sebelum ini? Kenapa dalam sukan mereka memilih untuk bertanding dengan mereka yang secara fizikal lebih lemah.

Seorang lagi peminat MMA berkata: “Ini dia Alana McLaughlin, ‘perempuan’ yang memenangi pertarungan MMA pertamanya berdepan lawan yang lahir sebagai wanita.”

“Saya rasa orang boleh mengenali mereka dengan apa sahaja [status gender], namun saya tak rasa perkara macam ni ada tempat di dalam sukan tempur.”

“Kamu semua rasa ini ok ianya pemerkasaan trans?

BACA JUGA: Abang Hubbard Tersingkir Awal Acara Wanita, Gagal Capai Sasaran Emas Ditetapkannya

Laurel Hubbard, pengangkat berat transgender dari New Zealand, tersingkir dari pertandingan 87 kilogram wanita lebih awal setelah gagal dalam ketiga-tiga percubaannya.

Sekaligus memadamkan impiannya yang mahu menang pingat emas untuk negaranya dan komuniti songsang.

Hubbard gagal dalam percubaan pertamanya, gagal mengangkat 120kg namun masih ada peluang. Dia kemudian mencuba berat 125 kg, dan meraikan kejayannya dengan mengenggam penumbuk tanda kegembiraan.

Malangnya pengadil menyatakan bahawa itu bukan angkatan sah dan dilabel no lift.

Dia cuba sekali lagi, dan terus gagal. Daripada kesemua 12 peserta wanita, dia menjadi satu satunya jantan yang gagal melakukan walaupun satu angkatan.

Dia akur dengan kegagalan gagal menewaskan wanita lain. Dan berkata: “Terima kasih banyak atas minat anda terhadap persembahan sukan saya yang rendah hati malam ini,” kata Hubbard kepada media.

“Saya tahu dari perspektif sukan saya tidak memenuhi standard yang saya tetapkan.”

Hubbard terus mengucapkan terima kasih kepada peminat di New Zealand, orang Jepun dan sebilangan organisasi sukan termasuk Persekutuan Gimnastik Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik New Zealand.

“Saya tahu penyertaan saya dalam permainan ini tidak sepenuhnya tanpa kontroversi,” kata Hubbard, menyebut dia melalui beberapa “masa yang sukar.”

Dia kemudian memuji Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa kerana membenarkannya bertanding di Tokyo untuk menjadi atlet transgender pertama yang lahir sebagai lelaki yang bertanding dalam acara wanita.

“[IOC] sangat menyokong dan saya fikir mereka telah menegaskan semula prinsip Olimpik bahawa sukan adalah sesuatu yang dapat dilakukan oleh semua orang di seluruh dunia, bahawa ia adalah inklusif dan usaha itu berjaya,” kata Hubbard.

Hubbard telah menarik perhatian yang sangat besar dari seluruh dunia menjelang final 87 + kg. Kehadirannya telah mencetuskan perdebatan mengenai apakah atlet transgender harus disertakan, dan dengan standard apa, dalam Olimpik menentang kebimbangan mengenai perkara yang adil bagi pesaing lain.

Kontroversi

Laurel Hubbard telah melakar sejarah sebagai atlet trans pertama bertanding dalam acara wanita di Olimpik. Ini setelah penyertaannya disokong oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menjadi sebahagian daripada peserta Sukan Olimpik Tokyo.

Hubbard, 43 tahun, pertama kali mengumumkan pada bulan Jun bahawa dia adalah atlet transgender pertama yang dipilih untuk Olimpik. Namun ketika itu tiada kata rasmi daripad IOC.

Kerana ianya masih di peringkat persatuan angkat berat antarabangsa yang menyokong Hubbard. Tetapi akhirnya dia disahkan dibenarkan bertanding dalam kategori wanita.

Dia berkata: “Saya bersyukur dan rendah hati dengan kebaikan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya oleh begitu banyak daripada warga New Zealand.”

Sebenarnya dia bertanding kerana dasar baharu oleh IOC yang membenarkan atlet transgender bertanding dalam acara wanita dengan syarat melepasi kadar testoteron.

Hubbard turut bertanding dalam acara lelaki dan diberikan kebenaran bertanding dalam acara wanita kerana tahap testosterone berada di bawah paras yang ditetapkan oleh IOC.

Walaupun pengumuman ini menimbulkan beberapa reaksi, presiden IOC Thomas Bach mengulangi peraturan yang berubah pada tahun 2015 yang bermaksud bahawa wanita transgender dapat bersaing di Olimpik selagi tahap testosteron berada di bawah 10 nanomol seliter sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan pertama mereka .

Bach menyebutkan bahawa peraturan ini telah “ditetapkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa sebelum peringkat kelayakan bermula. Bach menambah: “Peraturan ini sudah lama ada, dan anda tidak dapat mengubah peraturan semasa pertandingan berlangsung.”

Walaupun terdapat ramai penyokong untuk penyertaan transgender, namun beberapa saintis berpendapat bahawa ada kelebihan bagi mereka yang telah melalui akil baligh sebagai lelaki kerana ada kemungkinan lebih besar untuk memiliki kepadatan tulang dan otot yang lebih tinggi.

Bach pula dengan yakin menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas diteliti dengan sedalamnya oleh semua pihak dan menganggap ini adalah penting untuk mengkaji semula peraturan pada masa akan datang.

Atlet berusia 43 tahun itu lahir secara biologi sebagai lelaki. Namun memilih untuk menukar jantina pada usianya 30 tahun. Dengan dunia dilanda wabak, Olimpik Tokyo mengenakan beberapa kelonggaran baharu kepada atlet dalam aksi kelayakan termasuk angkat berat.

Hubbard sudah ada dalam buku sejarah setelah menjadi atlet Sukan Komanwel transgender pertama di Gold Coast pada tahun 2018. Namun selepas itu dia terpaksa menarik diri setelah mengalami kecederaan siku yang hampir mengakhiri kariernya.

Hubbard sudah lama bertanding dalam sukan ini. Namun dia tak pernah menang sebarang kejuaraan dalam kategori lelaki. Maka dia beralih ke kategori perempuan itu pun dia berkicap kena dengan lawan dia.

 

Baca yang lain