Atlet Wanita India Menangis Pingat Gangsanya ‘Dirampas’ Atlet T/Gender Yang Senegara Dengannya

Juara heptatlon Sukan Asia Jakarta, Swapna Barman, terlepas podium pada temasya Sukan Asia 2022l edisi Hangzhou, dan dia menduduki tempat keempat selepas dua hari aksi trek dan padang yang melelahkan.

Barman menduduki tempat keempat dengan 5,708 mata dan hanya ketinggalan empat mata daripada peserta sama negara dengannya Nandini Agasara (5,712) yang membawa pulang gangsa. Sementara itu, atlet China, Zheng Ninalia dan Ekaterina Voronina dari Uzbekistan, masing-masing membawa pulang pingat emas dan perak.

Sehari selepas tamat acara itu, Swapna Barman, pada Isnin (2 Oktober), telah menggemparkan media sosial dengan berkongsi kekecewaannya dengan keputusan heptatlon.

Atlet kelahiran Jalpaiguri itu mengejutkan ramai orang apabila dia mendakwa dia tewas pingat gangsa kepada “wanita tr-gender”, dan kemudian merayu kepada orang ramai untuk menyokongnya.

“Saya telah kehilangan pingat gangsa Sukan Asia saya kepada satu wanita trs-gender pada Sukan Asia ke-19 yang diadakan di Hangzhou, China. Saya mahu pingat saya dikembalikan kerana ia bertentangan dengan peraturan Olahraga kita. Tolong bantu saya dan sokong saya. #protestforfairplay,” tulis Swapna Barman di X (dahulunya Twitter).”

Tweet itu kemudian dipadamkan.

Tweet Barman, dengan hashtag “protes for fair play” telah menerima banyak reaksi dan pelbagai balasan.

Walaupun dia tidak memetik secara spesifik nama orang yang ‘merampas haknya’, namun Barman ada menyebut kehilangan “pingat gangsa” dalam post itu. Nandini Agasara dari India adalah pemenang pingat gangsa dalam pertandingan itu.

Jadi ramai bertanya adakah benar Nandini seorang jantan? Buat masa ini kesatuan olahraga India masih belum memberikan komen tentangnya.

Nandini memberitahu wartawan dia terkejut dengan dakwaan itu dan mempersoalkan, kenapa Swapna tidak melakukan protes lebih awal? Dan dia menyatakan bahawa Swapna sebenarnya terlalu tak dapat menerima kekalahan.

“Saya menang gangsa atas kesungguhan dan dedikasi saya, itu sahaja,” kata atlet itu.

Nandini menafikan sekeras kerasnya bahawa dia seorang lelaki. Dan dia menegaskan bahawa dia sangat kecewa dengan rakan senegaranya itu.

Swapna Barman berada di kedudukan pingat perak pada satu peringkat acara heptatlon. Dia membuat permulaan yang kukuh untuk pertandingan dalam perlumbaan 100m lari berpagar tetapi ketinggalan selepas pertandingan lompat tinggi.

Atlet India itu, yang sebak selepas tidak dapat melepasi markah 1.73m dalam lompat tinggi, terus tergelincir daripada 3 teratas selepas persembahan hambar dalam acara lontar peluru, di mana dia menamatkan saingan di kedudukan ketiga terakhir.

Kembali ke landasan untuk 200m, prospek untuk memenangi pingat olehnya terus gagal meningkat apabila dia berada di tempat kedua terakhir,dan diikuti dengan persembahan biasa-biasa saja dalam acara lompat jauh dan merejam lembing.

Barman akhirnya kehilangan pingat gangsa – yang menurutnya sepatutnya menjadi pingat Sukan Asia keduanya selepas emas 2018 – dalam perlumbaan 800m penutup, di mana dia mendapat tempat ketiga. Perlumbaan itu dimenangi oleh Nadini, yang menggondol gangsa hasil persembahan mantap.