Atletico Anggap United Cekik Darah Naikkan Harga Greenwood

Atletico Madrid berminat mahu mendapatkan Mason Greenwood dari Manchester United.

Sebelum ini Red Devils meletakkan tanda harga sekitar £30 juta untuk pemain tersebut. Namun harganya kini melonjak naik.

Atletico dikatakan terkejut dengan tanda harga baharu Mason Greenwood yang dianggap tidak masuk akal.

Manchester United meletakkan harga £50 juta untuk pemain tersebut. Atletico menganggap harga itu sebagai terlalu mahal untuk pemain muda itu.

Manchester United sebelum ini meminjamkan Greenwood ke Getafe sebagai langkah untuk berjauhan seketika daripada pemain itu yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan memukul, memperkosa dan kelakuan mengawal ke atas pasangannya.

Namun pertuduhan itu semua digugurkan selepas mangsa memutuskan untuk tidak meneruskan dakwaan ke atas Greenwood. Teman wanitanya masih mahu meneruskan kehidupan bersama dengan Greenwood.

Kelab Man United melakukan siasatan dalaman ke atas pemain itu dan memutuskan agar pemain itu dipinjamkan ke Getafe.

Sejak tiba di Getafe dia menunjukkan aksi yang sangat baik. Manchester United bagaimanapun masih berteka teki kedudukan Greenwood dalam skuad mereka selepas ini.

Pemilik  bersama Man United yang baharu, Sir Jim Ratcliffe baru baru ini menyatakan bahawa kelab akan membuka pintu kepada Greenwod namun penilaian mendalam tentang situasi pemain itu akan dibuat.

Seterusnya, Gareth Southgate tidak berminat bercakap soal Greenwood sekarang. Kerana dia tidak mahu situasi itu akan mempengaruhi fokus pasukannya untuk Euro akan datang.

Namun Southgate sudah berjanji akan kembali membuka pintu kepada pemain itu untuk kembali selepas Euro.

Beberapa kelab mulai dikaitkan dengan Greenwood termasuk Barcelona dan Atletico Madrid. Ini kerana pemain itu masih muda dan ternyata menunjukkan kualiti luar biasa. Walaupun lama tidak beraksi ketika digantung oleh kelabnya, Greenwood kembali dengan kondisi fizikal yang luar biasa.

Pengurus Atletico, Diego Simeone benar benar berminat mahu mendapatkan pemain itu, malangnya tanda harga baharu itu dikatakan menjadi penghalang.

Laporan Mundo Deportivo menyatakan bahawa Atletico tidak mahu membayar wang sebanyak itu untuk mendapatkan Greenwood. Kerana menurut mereka tanda harga itu agak melampau untuk pemain muda itu.

Lagipun kontrak semasa Greenwood akan berakhir pada 2025.

Baca yang lain