Atletico dan Barcelona sebelum ini mencapat kesepakatan untuk perpindahan secara pinjaman Joao Felix setelah pemain itu dah tak sehaluan dengan Diego Simeone.
Dan dilaporkan Barca membayar €8 juta untuk meminjam pemain itu. Atletico sebelum ini pernah memberitahu Barca mereka harus membayar sekitar €92 juta lagi untuk membeli Felix secara tetap.
Ini kerana Atletico menilai pemain itu sebagai berharga sekurang kurangnya €100 juta, Angka yang sama mereka letakkan kepada Chelsea dahulu ketika mereka meminta €90 juta selepas Chelsea membayar sekitar €12 juta untuk meminjam pemain itu.
Kemudian Atletico memberitahu Chelsea mereka sedia menerima €70 juta dengan bayaran bonus jika kelab itu mahukan Felix. Rundingan tidak diteruskan kerana dianggap terlalu mahal.
Kini Atletico menggunakan dasar yang sama. Mereka memberikan sedikit diskaun kepada Barcelona. Di mana mereka hanya meminta €80 juta lagi untuk bayaran pembelian tetap berbandin €90 juta.
Joao Felix kembali cemerlang sejak bersama Barcelona. Pemain itu kini menikmati semula bola sepak yang dia mahukan. Dia sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia mahu bermain dengan gaya menyerang seperti di Barca. Dan pernah menyindir taktikal Simeone sebagai membosankan dan defensif.
Komen itu membuatkan Felix disisihkan Simeone sebelum ke Chelsea. Peliknya dia sempat melanjutkan kontrak baharu sehingga 2027. Membuatkan Atletico tak mahu menjualnya murah.
Kini dia bersama dengan Barca. Dia pernah membuat kenyataan kontroversi menyatakan Barca adalah kelab impiannya sejak dari kecil, ketika itu dia baru kembali semula ke Atletico untuk pra musim.
Dia menangis ketika berjaya memuktamadkan perjanjian pinjaman ke Barca. Dan menceritakan betapa dia sudah tak ada hati bermain untuk Atletico Madrid kerana Simeone.
L'Atlético Madrid espère vendre João Félix pour 80 M€. @Manu_Sainz pic.twitter.com/w5BLN6HXUR
— FLASHBARCA (@FlashBarca1899) October 7, 2023
Adakah Barca akan sedia membayar €80 juta? Kerana Barca masih dalam proses cuba keluar daripada belenggu masalah kewangan kelab.