Atletico Gandakan Harga Tebus Tetap Felix Daripada €70 Juta Kepada €140 Juta

Tidak pasti apa yang sedang berlegar di pemikiran pengurusan tertinggi Atletico.

Ini kerana mereka baru sahaja meminta Chelsea membayar €140 juta jika mahukan Joao Felix secara tetap.

Sedangkan pemain itu hanya baru bermain beberapa minit untuk Chelsea sebelum dia digantung.

Sebelum ini mereka meminta bayaran perpindahan tetap €70 juta selepas membayar €12 juta untuk pinjaman separuh musim.

Ini kerana Atletico tidak memasukkan sebarang kluasa pembelian tetap untuk pemain itu. Kecuali Chelsea sedia membayar €70 juta.

Namun untuk meminta kenaikan 2 kali ganda untuk pemain tersebut.

Alasan Atletico, Chelsea telah membelanjakan wang yang besar membeli Enzo Fernandez dengan nilai sekitar €120 juta dan Mudryk dengan nilai sekitar €100 juta.

Jadi Joao Felix dinilai lagi berharga daripada 2 pemain tersebut.

Atletico sebelum ini membelanjakan sekitar €126 juta secara keseluruhan untuk mendapatkan Felix, termasuk bonus dan bayaran pendahuluan €110 juta.

Jika Chelsea mahu membayar angka semahal itu untuk Felix pastinya mereka berdepan kesukaran. Ini kerana polisi perpindahan mereka sebelum ini.

Di mana Chelsea memberikan kontrak yang sangat panjang sehingga 8 setengah tahun untuk memastikan bayaran tahunan dikira rendah.

UEFA sudah merancang untuk menukar peraturan tersebut kepada semua pasukan di Eropah.

Sebelum ini UEFA memberikan kebenaran kepada negara yang tidak ada kawalan kontrak pemain terlalu lama seperti UK untuk dibenarkan memberikan kontrak panjang.

Atletico sebenarnya masih berharap Felix akan terus bersama dengan mereka. Malah pemain itu berjaya dipujuk untuk melanjutkan kontrak baharu sebelum menyertai Chelsea secara pinjaman.

Sebelum ini terdapat kerisauan bahawa pemain itu akan mendesak untuk pergi ke kelab lain selepas dia menangguhkan kontrak baharunya.

Atletico sebenarnya melepaskan beberapa pemain mereka termasuk secara pinjaman untuk ‘melegakan’ sedikit akaun gaji pemain mereka.

Atletico berdepan impak kewangan selepas pandemik.