Atletico Hadkan Masa Bermain Griezmann Untuk Elak Bayar €40 Juta Kepada Barca

Peminat nampaknya sudah menemui jawapan, kenapa Antoine Griezmann bermain dalam masa terhad. Biasanya kurang 30 minit untuk setiap perlawanan pada musim ini.

Peranan Griezmann seakan akan lebih kepada pemain simpanan. Kenapa perkara itu berlaku?

Ini kerana Atletico mahu mengelak daripada tanggungjawab untuk membayar €40 juta kepada Barcelona, sebagai bayaran perpindahan tetap.

Zack Lowy dalam laporannya berkata: “Jika Antoine Griezmann bermain 50% atau lebih – daripada jumlah minit dia tersedia musim ini, Atletico akan terpaksa membayar €40 juta membelinya pada akkhir musim ini [dari Barcelona].”

“Oleh itu, Grizmann hanya bermain 30 minit dalam kedua dua perlawanan pertamanya musim ini.”

Tindakan itu ibarat serampang dua mata untuk Atletico dan Griezmann. Di mana pemain itu berpeluang untuk memasuki tahun akhir dalam kontraknya bersama Barcelona yang akan membolehkannya menerima gaji yang sangat besar.

Selain itu, Atletico dalam pada masa yang sama boleh mengelak daripada membeli pemain itu dengan nilai €40 juta dan terpaksa membayar €20 juta semusim pada 2024.

Griezmann juga berpeluang untuk kembali semula ke Atletico sebagai pemain ejen bebas atau secara percuma.

Lowy menambah lagi:

“Atletico tidak akan terikat dengan tanggungjawab untuk membelinya €40 juta jika dia terus bermain 30 minit setiap perlawanan.”

“Griezmann boleh kembali semula ke Barcelona selepas pinjaman 2 tahun di Atletico, dengan kontraknya akan berakhir pada 2024.”

“Tahun akhir kontraknya menyaksikannya akan menerima lebih €20 juta semusim di Barcelona.”

Perkara ini pastinya kurang disenangi Barca. Dan ianya boleh menutup peluang kedua dua pasukan berunding lagi untuk peminjaman pemain pada masa akan datang.

Baca yang lain