Atletico Madrid Potong Gaji Pengurus Dan Pemain Sebanyak € 2,465,400 Seminggu

Kelab LaLiga mengesahkan Diego Simone dan para pemainnya menerima pemotongan gaji sebanyak 70% semasa krisis wabak Covid-19 bagi melindungi 430 kakitangan lain di kelab.

Atletico Madrid mengikut langkah yang diambil oleh Real Madrid dan Barcelona sebagai tidak balas kepada ‘kecemasan negara’ yang diumumkan di Sepanyol.

Sehingga kini angka kematian akibat virus tersebut telah melebihi 10,000 orang.

Menurut kenyataan kelab yang dikeluarkan pada hari Khamis lepas, mereka telah mengesahkan akan mengemukakan Fail Peraturan Pekerjaan Sementara (ERTE) bagi memotong gaji pemain termasuk staf kejurulatihan.

Di samping itu, semua pemain pasukan utama menandatangani perjanjian dalaman yang memaparkan dua senario berbeza bergantung pada bagaimana musim 2019-20 berakhir.

Kenyataan itu berbunyi, 70% pemotongan gaji akan dilakukan melibatkan pemain pasukan utama lelaki, pemain pasukan utama wanita, pasukan Atletico de Madrid B.

Dari awal, objektif kelab dalam kajiannya mahu menangani situasi ini dengan cermat dan meminimakan kesan pemotongan gaji pekerjanya sebaik mungkin.

Terdapat ramai kakitangan -bukan pemain bola- terjejas dan kelab perlu mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan kebajikan kumpulan ini terus dipelihara.

Pemotongan tersebut telah membolehkan separuh bajet gaji kumpulan terjejas telah berjaya diperolehi.

Separuh lagi akan ditampung oleh ahli-ahli jawatankuasa pengurusan kelab yang terdiri daripada ketua eksekutif dan para pengarah kelab.

Atletico kini berada di tangga ke-6 La Liga selepas mengharungi 27 perlawanan. Walaupun hanya mencatat 4 kekalahan namun skuad Simone pada musim ini terlalu banyak merekod keputusan seri.

Berapa banyak wang yang berjaya dijimatkan oleh kelab selepas memotong gaji pengurus dan pemain utamanya. Berapa wang diperolehi dari 11 pemain utama kelab dan pengurusnya.

Simone merupakan pengurus yang menerima gaji paling mahal di dunia. Dia menerima sekitar € 820,000 seminggu.

 

Pengurus paling mahal di dunia ini akan dipotong gaji sebanyak € 574,000 seminggu

Pemotongan tersebut menyaksikan kelab mendapat lebihan wang sebanyak € 574,000 seminggu.

Bagi posisi penjaga gol, Jan Oblak merupakan penerima gaji tertinggi di kelab. Dia menerima gaji sebanyak € 400,000 ribu dan akan dipotong sebanyak € 280,000 ribu.

Stefan Savic dan Fillipe merupakan tonggak pertahanan tengah dengan muncul sebanyak 14 dan 20 kali sepanjang liga.

Namun gaji Filipe yang berusia 30 tahun ini tidak terlalu mahal, sekitar € 20,000 dan Savic menerima bayaran sebanyak € 86,000.

Pemotongan bagi pertahanan ini sebanyak € 74,200.

Pertahanan sisi Atletico tidak terlalu mahal. Kieran Trippier penerima gaji € 30,000 dan pemain muda Renan Lodi menerima € 21,000 seminggu. 2 pemain ini dipotong sebanyak € 35,700.

Jumlah pemotongan di bahagian penjaga gol dan 4 pertahanan utamanya adalah € 389,900.

Bagaimana pula dengan 4 pemain tengah utama?
Koke, Thomas Partney, Saul Niguez dan Hector Harrera merupakan 4 pemain tengah yang paling banyak terlibat dalam perlawanan musim ini.

Jumlah bayaran bagi 4 pemain tersebut sebanyak € 596,000 dengan Koke penerima gaji paling mahal iaitu sebanyak € 300,000.

Saul Niguez dibayar € 230,000 seminggu diikuti Partney (€ 47,000) dan Harerra (€ 19,000). Jumlah pemotongan sebanyak € 417,200.

Alvaro Morata tampil 18 kali dan Joao Felix 16 kali untuk menjadi penyerang palingnkerap bermain, mengenepikan Diego Costa.

Felix akan dipotong € 196,000 dari gaji asal € 280,000 dan Morata pula dikurangkan sebanyak € 133,000 dari pendapatan asal € 190,000.

Jumlah pemotongan bagi 4 pemain tengah dan 2 penyerang bernilai € 746,200.

Jadi berapa jumlah keseluruhan pengurus dan 11 pemain utama?

Pengurus (€ 574,000), penjaga gol (€ 280,000), pertahanan (€ 389,900), tengah (€ 417,000) dan penyerang (€ 329,000).

Atletico Madrid akan mendapat lebihan sebanyak € 1,989,000 setiap minggu melibatkan 12 individu utama pasukan musim ini.

Oblak memiliki kontrak paling mahal dengan nilai € 10 juta setahun

Secara keseluruhannya Atletico Madrid berbelanja sebanyak € 3,522,000 seminggu untuk membayar gaji Simone dan 23 pemain dalam skuad utamanya.

Jumlah itu akan dikurangkan menjadi € 1,056,600 seminggu ketika krisis Covid-19 berlaku. € 2,475,400 dari penjimatan tersebut akan menampung sebahagian gaji 430 kakitangan lain.

Berikut adalah senarai gaji pemain Atletico Madrid bagi musim 2019/20.