Atletico Mahu Jual Pemain Barcelona Untuk Membeli Ronaldo

Atletico Madrid dilaporkan cuba untuk menggunakan peluang untuk menandatangani Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan kali ini.

Ronaldo serius untuk menyertai seteru Real Madrid itu walaupun dia merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid.

Sebelum ini ejen Ronaldo, Jorge Mendes telah menawarkan Atletico Madrid untuk mendapatkan Ronaldo. Ini selepas beberapa kelab seperti Bayern dan PSG sudah menarik diri.

Isu terbesar dalam rundingan kali ini adalah isu gaji. Dan Jorge Mendes menyatakan bahawa Ronaldo sedia mengurangkan gajinya sehingga 30% jika Atletico berminat dengannya.

Ronaldo masih berusaha untuk menghidupkan harapannya  mahu beraksi di UCL untuk sepanjang baki kariernya.

Di mana Ronaldo menjelaskan sebelum ini dia masih ada 3 atau 4 tahun lagi peak di peringkat tertinggi.

Mungkin faktor itu membuatkan Atletico Madrid telah cuba menghidupkan usaha mengejar Cristiano Ronaldo dengan penyenaraian perpindahan Antoine Griezmann, menurut laporan terbaharu.

Ronaldo telah tidak hadir dalam jelajah pramusim Manchester United ketika dia cuba mendapatkan perpindahan dari kelab itu berikutan gagal menamatkan musim di slot UCL dan tanpa sebarang trofi.

Duncan Castles dari The Times menegaskan bahawa Atleti kini membuat langkah yang dianggap boleh untuk membantu mereka mendapatkan Ronaldo. Gaji Giezmann agak tinggi dan hampir setara dengan apa yang Ronaldo terima di United.

Duncan Castle turut mengesahkan bahawa Ronaldo terbuka kepada idea untuk kembali ke bandar Madrid, di mana dia menghabiskan sembilan musim bersama pesaing Atletico, Real Madrid.

Ronaldo berkembang menjadi salah seorang pemain unggul bersama Real dari 2009 hingga 2018 dan pada masa itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu, menjaringkan 451 gol daripada 438 perlawanan untuk Los Blancos, dan memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah – dan banyak lagi anugerah lain yang tidak terkira banyaknya.

Berita tentang keinginan Ronaldo untuk meninggalkan United pada musim panas ini bukanlah rahsia, dengan ejen Jorge Mendes membincangkan perpindahan dengan beberapa pasukan besar.

Selain daripada isu gaji, Simeone sebelum ini tidak yakin bahawa Ronaldo akan sesuai dengan sistem permainannya.

Ronaldo dilaporkan hampir menyertai Manchester City dari Juventus musim panas lalu sebelum United masuk dan mengesahkan menandatangani perjanjian awal dua tahun.

Musim kepulangannya menyaksikan dia memperoleh 24 gol daripada 38 perlawanan dalam semua pertandingan, tetapi gol itu tidak cukup untuk membantu United meraih mana-mana trofi.

Ketika musim pertama kepulangan semula Ronaldo, pengurus Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan Ralf Rangnick menjadi interim. Tetap gagal menaikkan prestasi United.

Atletico sebelum ini, hanya menandatangani semula Griezmann dengan perjanjian pinjaman pada musim panas lalu selepas perpindahannya ke Barcelona pada 2019 bernilai £107 juta. Atletico dijangka akan mengaktifkan pinjaman itu sebagai perpindahan tetap pada 2023, kerana kewajipan untuk membeli pemain itu dengan harga £34.4 juta.

Atletico sedia menjual Griezmann terlebih dahulu dan memberikan sebahagian £34.4 juta kepada Barcelona dalam jendela perpindahan kali ini.

Namun situasi itu tidak semudah yang disangka. Kerana Griezmann tidak berada dalam prestasi terbaiknya sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Lagipun rundingan ini juga menjadi rumit kerana Griezmann adalah pemain Barcelona. Dia hanya berstatus pinjaman ke kelab tersebut.

Atletico harus mendapatkan kebenaran dan perjanjian khas dengan Barca sebelum menjual pemain itu. Ini untuk mengelak konflik dari segi perundangan di kemudian hari.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.