Atletico Madrid memang dikenali dengan pasukan yang sangat defensif. Namun dalam perlawanan ini, pengulas perlawanan dengan yakin menyatakan bahawa Atletico kini sudah berwajah baharu dan mereka akan mempamerkan aksi bola sepak menyerang.
Malangnya itu tak berlaku. Di mana Atletico telah mengecewakann para peminatnya sendiri dengan menggunakan formasi ‘6-3-1’ ketika bertemu Chelsea awal pagi tadi, di National Arena, Bucharest, Romania untuk aksi leg pertama pusingan 16 saingan liga Juara-juara.
Pundits were saying before the game "We are going to see a different Atletico tonight. This season's Atletico is very different"
I can't say they were wrong. Atletico in the past often defended in 4-4-2. And today they are defending in a 6-3-1. Nice change Simeone 👏
— Nouman (@nomifooty) February 23, 2021
Simeone kembali dengan kepala anginnya menggunakan sistem untuk menghampakan lawannya dan kemudian menyerang balas mereka. Iannya adalah bola sepak negatif yang dimainkan dengan penuh disiplin.
Ladies & Gentleman, Diego Simeone’s 6-3-1 👏👏 pic.twitter.com/FSx6E9AzQw
— Chris ⚡️ (@92Chrisss) February 23, 2021
Atletico tampil dengan dua skema formasi yang jelas iaitu 6-3-1 ataupun 6-2-2. Mereka menunggu Chelsea di kawasan sendiri dan cuba menyerang balas dengan gaya permainan lasak dan laju.
Atletico Madrid trying out a new 6-2-2 formation against Chelsea 😅 pic.twitter.com/pwZmept2mH
— ESPN FC (@ESPNFC) February 23, 2021
Ianya dianggap satu pendekatan yang tak cantik. Kerana ramai menjangkakan Atletico akan bermain seperti dalam perlawanan mereka sebelum ini, pada musim ini.
This Atletico defence 😭😭
— minister creamy (@samson_olami) February 23, 2021
“Melihat Atletico Madrid bermain adalah menyakitkan. Bermain di perlawanan home dengan bakat yang sangat bagus, Simeone mengatur mereka dengan 6-3-1. Ianya hodoh namun efektif.”
Watching Atlético Madrid is painful.
Playing at home with some serious talent in the squad and Simeone lines them up in a 6-3-1
It’s ugly but (I guess) effective ball pic.twitter.com/2dIQItTxuD
— Gianni Butticè (@GianniButtice) February 23, 2021
Seorang lagi pengguna berkata: “Atletico bermain dengan bentuk defensif 6-3-1 walaupun ketike Chelsea sedang membina serangan di bawah.”
Atlético are in their 6-3-1 defensive shape even when Chelsea are building on the halfway line.
That's something…
— UtdArena (@utdarena) February 23, 2021
Bukan pertama kali Simeone dan Atletico menggunakan pendekatan seperti ini dan menang ke atas lawan yang bermain dominasi.
Chelsea walaubagaimanapun telah mendapat keadilan selayaknya selaku pasukan lebih baik walaupun ianya terpaksa menunggu individual brilliance oleh Giroud untuk meleraikannya.
Penjelasan Tuchel
Thomas Tuchel menjelaskan bagaimana perancangan taktikal mereka beroperasi dengan sempurna. Beliau menyatakan bahawa, pasukannya cuba sedaya upaya menguasai bola dan tidak membeenarkan Atletico menyerang balas.
Chelsea agresif mematikan binaan asas serangan balas Atletico.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Tuchel memberitahu BT Sport: “Keputusan yang hebat, gol yang hebat. Selayknya [kami mendapat kemenangan].”
“Kami mahu menguasai bola di kawasan lawan, untuk jangan sesekali hilang tumpuan, tidak melakukan kesalahan mudah dan selalu waspada serangan balas yang cepat untuk semua kualiti mereka ada.”
“Ia adalah persembahan yang sangat berdisiplin – pantas mematikan serangan lawan. Ini adalah kerja keras dan usaha berpasukan – asas kepda kemenangan penting ini.”
“Kami tahu ia [Atletico menyusun pertahanan mereka] akan pack – kami jangkakan ia boleh berlaku. Kami memberitahu para pemain, jika itu berlaku, saya mahu mereka berani dan bermain di kawasan mereka.”
“Kami tahu mereka bersedia untuk menderita berdepan dengan lapan orang di dalam kotak penalti. Jadi kami mahu mengekalkan intensiti yang tinggi.”
“Inilah yang kami lakukan dengan sangat baik. Kami tidak pernah membiarkan mereka bernafas atau keluar untuk melakukan serangan balas. Kami mendapat ganjaran besar hasil daripada ini. Ini adalah salah satu cabaran paling sukar untuk merobek pertahanan seperti Atletico.”
Cesar Azpilicueta pula menyatakan bahawa salah satu lagi cara mereka memastikan Atletico tidak mendapat peluang adalah dengan cuba memastikan Luis Suarez berada jauh daripada kotak penalti.
★ Azpilicueta on Atletico’s threats, keeping Luis Suarez in check and his ambition to win an elusive Champions League :- https://t.co/edZfWXQiE9
— toCFCws ★ (@tocfcws) February 22, 2021
Dengan Atletico yang gagal untuk melakukan serangan balas. Maka Suarez tak ada servis yang baik.
Atletico Madrid gagal mencatatkan sebarang percubaan on target dalam perlawanan ini.