Atletico Pintas Barca, Hansi Flick Di Bawah Rekod Xavi Musim Lalu

Atletico Madrid berjaya menewaskan Barcelona dalam aksi tumpuan semalam dalam pentas La Liga.

Kemenangan masa kecederaan Atletico itu membolehkan mereka kini memintas Barcelona sebagai pendahulu liga Sepanyol yang baharu.

Barcelona di tangga kedua dengan 38 mata, 3 mata di belakang Atletico. Namun Atletico baru beraksi 18 perlawanan. Sedangkan Barcelona sudah 19 perlawanan.

Di bawah Barcelona adalah Real Madrid dengan 37 mata. Hanya 1 mata di belakang mereka. Madrid baru beraksi 17 perlawanan.

Skuad Hansi Flick memulakan musim ini dengan sangat luar biasa. Namun beberapa keputusan tidak menentu dicatatkan mereka sejak akhir akhir ini membuatkan mereka hilang cengkaman di kedudukan liga.

Lebih buruk, kelebihan kini dimiliki 2 seteru mereka iaitu Atletico dan Real Madrid.

Dalam aksi semalam, Barcelona telah mendahului menerusi Pedri pada minit ke-30.

Atletico hanya dapat membalas gol itu pada separuh masa kedua menerusi gol minit ke-60 oleh De Paul.

Pada masa kecederaan, Alexander Sorloth mencetak gol kemenangan pada minit ke-90+ 6.

Diego Simeone menganggap kejayaan ini sebagai ‘hadiah’ dari langit oleh mendiang ayahnya. Memandangkan perlawanan itu berlangsung pada harijadi mendiang ayahnya yang meninggal dunia 2 tahun lalu.

Barcelona seharusnya menyalahkan diri mereka sendiri kerana terlalu banyak membuang peluang gol yang mereka miliki.

Hansi Flick kini mencatatkan rekod lebih buruk daripada Xavi musim lalu selepas kempen mencecah separuh jalan.

Di mana Xavi musim lalu mengutip 41 mata selepas 19 perlawanan La Liga.