Atletico Madrid dilaporkan menolak bidaan sensasi daripada Manchester United untuk Joao Felix. Dan bidaan itu dilaporkan bernilai €130 juta.
Outlet berita dari Sepanyol, AS menyatakan bahawa Atletico tidak mahu menjual Joao Felix.
Dan pemain itu hanya dibenarkan pergi jika Manchester United membayar klausa pelepasan pemain itu bernilai €350 juta.
Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini dibeli oleh Atletico dengan pakej mencecah €120 juta dari Benfica pada 2019.
Dia menjadi pemain utama dalam skuad Diego Simeone. Walaupun Felix masih belum lagi berada di kalangan 10 pemain terbaik dunia, namun dia dianggap aset penting untuk Atletico Madrid.
Pemain yang bermain sebagai perancangan di bahagian tengah itu terkenal dengan kreativitinya. Namun dia masih perlu meningkatkan lagi keupayaannya untuk menjaringkan gol.
Selepas laporan tersebut, twitter Atletico Madrid terus memuat naik gambar Joao Felix dengan kapsyen: “Priceless” ataupun tidak ternilai harganya.
Ianya jelas sekali mesej kepada Manchester United yang dilaporkan berminat dengan pemain tersebut.
Priceless. pic.twitter.com/vEuI7Ydcy4
— Atlético de Madrid (@atletienglish) August 17, 2022
Selepas itu, Fabrizio Romano melaporkan bahawa Manchester United turut berminat dengan seorang lagi pemain Atletico iaitu Matheus Cunha. Dan United sedia membayar €50 juta untuk pemain tersebut. Itu turut ditolak oleh pengurusan tertinggi Atletico.
Sumber yang sama menyebut bahawa John Murtough berhubung sendiri dengan pengurusan Atletico untuk membeli 2 pemain tersebut.
Atletico Madrid have no intention to sell João Félix this summer and also won’t accept €50m for Matheus Cunha. Clear message sent to Man United. 🚨🔴 #MUFC
John Murtough had direct contact with Atletico and the answer was negative. pic.twitter.com/BW2VfUWFs3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 17, 2022
Sebelum ini Manchester United turut dikatakan meletakkan nama Alvaro Morata dalam senarai alternatif bagi penyerang.
United masih mencari pemain no.9 yang baharu. Diego Simeone sudah menyatakan bahawa dia mahukan Morata kekal dalam pasukannya.
Manchester United setakat ini sudah mendapatkan 3 pemain baharu. Mereka ialah, Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan juga Lisandro Martinez.
Jendela perpindahan di Old Trafford masih terbuka luas selepas Ten Hag menyatakan dengan terbuka bahawa pasukannya memerlukan kira kira 3 pemain baharu lagi.
Selain daripada isu perpindahan pemain baharu, Manchester United masih bergelut dengan masa depan Cristiano Ronaldo.
Pemain itu ketika ini masih tidak mendapat tawaran daripada kelab lain walaupun dia sudah menyatakan hasratnya mahu meninggalkan kelab tersebut.