ATM Yang Dicipta Oleh Seorang Lelaki Tak Sabar

Automatic Teller Machine (ATM) merupakan salah sebuah inovasi terpenting dalam perbankan dunia serta untuk kegunaan harian manusia.

Ianya telah banyak memudahkan urusan manusia sejagat. Di mana dengan ATM manusia tak perlu hingga menunggu pagi esok, bank buka untuk memulakan transaksi.

Terutama sekali untuk situasi kecemasan, ATM sangat penting. Dan kegunaan lain adalah untuk memindahkan wang sewa, wang bayar loan dan kiriman kepada keluarga ataupun pihak ketiga.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan atas talian, selain daripada transaksi menerusi perbankan Internet, opsyen menggunakan ATM masih kekal relevan.

Banyak lagi kegunaan ATM yang memudahkan manusia.

Automatic Teller Machine (ATM) ini mulai dicipta oleh orang Amerika bernama Donald Wetzel.

Wetzel mendedahkan, beliau mulai terfikir untuk mencipta mesin ATM Lepas yang kerapkali beratur panjang di bank untuk mengambil duit.

Wetzel jenis manusia yang tak sabar. Dia menganggap benda tu leceh. Apa gunanya beratur sampai berjam jam menunggu giliran hanya kerana nak mengeluarkan $50.

Pada ketika itu industri perbankan semakin pesat. Banyak pakej kewangan ditawarkan dan banyak juga urusan di bank.

Sayang daripada malas untuk menunggu lama Wetzel jika mahu memudahkan urusan para pekerja bank yang seringkali dimaki-hamun kerana lambat. Sedangkan mereka sudah berusaha untuk mempercepatkan urusan yang sangat banyak.

Oleh kerana ianya juga memudah cara pekerja bank dan pelanggan, maka tak sukar untuk mereka terus menambat hati pihak bank.

ATM mendapat sambutan luar biasa daripada pihak bank ke atas ciptaan ini sangat menggalakkan. Dalam sekelip mata sahaja masalah sudah dipasang di beratus ratus bank di Amerika Syarikat. Dan kemudian mendapat permintaan tinggi di Eropah.

Bank pertama yang memakai mesin ATM adalah Chemical Bank di Rockville, Amerika Syarikat. Mereka memasang mesin atm ini diluar dinding bank agar senang yang nak tarik duit daripada peti simpanan wang dalam bank.

Melihat ianya praktikal diletakkan di luar bank, maka Wetzel mencipta mesin ATM Yang kalis cuaca seperti hujan.

Ini diikuti inovasi terbaru di mana ATM tidak semestinya dilekat pada dinding bank dan ianya boleh diletakkan di pondok hak yang jauh daripada bank.

Pada awalnya, kad yang digunakan adalah kad khas yang ada strip magnet hitam yang akan dibaca oleh mesin. Pengguna perlu memasukkan nombor pin untuk mengeluarkan wang.

Pada hari ini sistem mesin ATM sangat canggih dan terhubung secara atas talian. Kad pun makin cantik dan canggih dengan cip.

Baca yang lain