Seorang atok di Singapura mencuba untuk menelan burger McDonald buat pertama kali dalam hidupnya.
Singapura sama seperti Malaysia, melaluai PKP. Jadi, makanan segera antara makanan yang senang dipesan.
Lelaki warga emas itu bernama Emerson Gideon Ng. Dibelikan cucunya burge McSpicy.
McDonald memang makanan segera kegemaran orang Singapura, sama juga dengan di Malaysia. Di mana ianya menjadi salah satu benda yang paling digilai di sini.
Namun malangnya, beliau tak sukakannya. Tak masuk, tak sedap!
Telatah datuknya itu dikongsi oleh cucunya menerusi Facebook. Dan ianya menjadi viral.
Malah atuk tersebut menyatakan bahawa burger tu tak pedas langsung. Dan lebih menarik, dia meminta cucunya membuatkannya kopi.
“Tak, ini bukan pedas, ini masam,” kata beliau ketika merasai mayonis.
Yes we are, indeed.
“Your generation is eating trash!” 91 year old grandfather tastes McSpicy for the first time – The Independent News https://t.co/odaULbhUBZ
— ZsychoSocial🔥🔥 (@ZupHomeez) May 21, 2020
Atuk kemudian cuba memasukkan cili untuk memedaskan makanannya, namun tetap hampa dan kecewa. Memang tak masuk rasanya.
Dia akhirnya menyatakan kepada cucunya, “Generasi korang ni makan sampah ke apa?
Kalau dilihat kepada keadaan atok tersebut memang masih nampak bertenaga. Dan kerana dia tak gila makanan segera, itu antara sebab beliau panjang umur.