Attack Wins You Games, Defence Wins You Titles – Benar atau Mitos?

Sir Alex Ferguson pernah berkata, “attack wins you games, defence wins you titles“. Benarkah kata-kata pengurus lagenda Manchester United ini?

Mari bersama penulis kita singkap beberapa fakta yang mungkin mengiyakan kenyataan beliau.

AC Milan – Serie A 1993/1994

Diterajui oleh Fabio Capello, Rossoneri telah memenangi Serie A dengan taktikal bertahan. 19 kemenangan, 12 seri dan 3 kekalahan dari 34 perlawanan liga. Mengutip 69 mata, 5 mata meninggalkan Juventus di tangga ke-2.

Kedudukan Serie A 1993/1994

Benteng yang dibarisi Mauro Tasotti, Paolo Maldini dan Franco Baresi hanya melepaskan sebanyak 15 gol sepanjang musim. Alessandro Costacurta yang hanya mampu bertahan selama 15 minit perlawanan menentang Messi turut berada dalam barisan utama pertahanan AC Milan.

Barisan serangan pula menjaringkan 36 gol dengan Daniele Massaro menjaringkan 11 gol.

Dari 19 perlawanan yang dimenangi, hanya 5 kemenangan yang dicapai melalui defisit lebih dari 1 gol dan 9 kemenangan dengan keputusan 1-0.

Penjaga gol AC Milan, Sebastiano Rossi memegang rekod tanpa bolos paling lama dalam sejarah Serie A dengan 11 perlawanan, 929 minit tanpa bolos dari 12 Disember 1993 hingga 24 Februari 1994.

Rekod ini kemudian telah dipintas oleh Gianluigi Buffon pada 20 Mac 2016. Statistik ini jelas menunjukkan taktikal bertahan yang ampuh dipamerkan oleh anak-anak buah Capello.

AC Milan juga berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada musim itu, menewaskan “Dream Team” Barcelona yang diterajui Johan Cruyff di perlawanan akhir di Athens dengan keputusan 4-0.

Perlu diingatkan bahawa mereka memenangi perlawanan akhir tanpa Baresi dan Costacurta yang digantung perlawanan.

Chelsea – Premier League 2004/2005

I’m not one of the bottle. I sink (think), I’m a special one“. Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh pengurus baru Chelsea, Jose Mourinho ketika sidang media pertama beliau. Musim sebelumnya beliau telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama FC Porto.

Barisan pertahanan yang diperkuatkan dengan kapten John Terry dan Ricardo Carvalho, Chelsea hanya bolos 15 gol sepanjang musim.

Ditambah pula dengan Claude Makelele yang mengisi “Makelele Role“, sememangnya Chelsea sangat ampuh dalam bertahan. Sehingga kini, rekod itu masih gagal dipecahkan oleh mana-mana pasukan.

Di bahagian serangan, Chelsea merupakan pasukan kedua paling banyak menjaringkan gol di belakang Arsenal dengan 72 gol. Frank Lampard dan Eidur Gudjohnsen masing-masing menjaringkan 13 dan 12 gol.

Chelsea menamatkan Premier League dengan 95 mata, 29 kemenangan, 8 seri dan 1 kekalahan.

Kedudukan EPL 2004/2005

Petr Cech memenangi Golden Glove dengan rekod 24 clean sheet. Ya tuan-tuan, 24 clean sheet, 15 bolos dari 38 perlawanan liga.

AIK Fotboll – Allsvenskan 1998

Setelah menamatkan musim 1997 Allsvenskan (Liga Utama Sweden) di tempat kelapan, Pengarah Sukan AIK telah terbang ke Jepun untuk melamar Stuart Baxter sebagai pengurus baru pasukan. Baxter ketika itu sedang mengurus kelab Vissel Kobe di J League.

Baxter menerajui AIK untuk menggondol gelaran liga pada musim pertamanya dengan rekod yang menarik. Mengutip 46 mata dari 26 perlawanan dengan 11 kemenangan, 13 seri dan 2 kekalahan.

Benar apa yang anda baca, banyak seri dari menang untuk memenangi liga. Dari 11 kemenangan, 7 daripada itu dimenangi dengan keputusan 1-0.

AIK hanya menjaringkan 25 gol dan bolos 15 gol sepanjang musim. Mereka adalah pasukan yang menjaring gol dan dibolosi paling sedikit dalam liga.

Kedudukan Liga Allsvenskan 1998

BK Hacken dan Osters IF yang tersingkir pon jaringkan gol lagi banyak dengan 27 dan 26 gol. Dan sekali lagi saya ulang, benar apa yang anda baca. Menang liga dengan gol paling sedikit.

Rumusan

Tuntasnya, bagi pendapat penulis ada sedikit kebenaran mengenai kata-kata Sir Alex Ferguson. Penulis pon kalau main Football Manager bina pasukan dari pertahanan, baru fokus ke bahagian serangan.

Baca yang lain