Attention To Detail: Tindakan Natxo, Farizal, Arif Aiman Elak JDT Terciduk Percuma

Dalam bola sepak, beza pemain yang bagus dengan pemain yang lebih bagus adalah terletak kepada kecerdasan. Mungkin dari segi kecergasan, pemain pemain profesional ini hampir setara.

Tetapi kecerdasan atau ‘otak’ yang sentiasa berfikir adalah perkara yang semulajadi dalam pemain itu sendiri.

Ianya terbentuk daripada pembangunan seseorang pemain sejak kecil.

Ada satu video telah diulas oleh pemilik akaun TikTok Referee Kampung. Di mana ia  memaparkan Farizal Marlias dan Natxo Insa cuba mengelakkan pasukan mereka terus diserang ketika menjaringkan gol.

Melihat hampir kesemua pemain hampir masuk ke kawasan sendiri, Natxo dan  Farizal meminta rakan mereka kekal di kawasan lawan.

Farizal kemudian terus kembali ke gawang. Natxo yang melihat rakannya, Corbin Ong kembali ke kawasan mereka kerana mahu meraikan gol, lalu telah masuk ke dalam kawasan pasukan Sabah.

Dia melakukan itu untuk membolehkan rakan rakan yang lain terus meraikan gol Arif Aiman yang world class itu.

Seterusnya dapat dilihat Arif Aiman kemudian masuk ke dalam kawasan pasukan Sabah, kerana dia tahu Natxo Insa perlu kembali ke bawah untuk bersedia di posisi tengah. Arif pula akan berada di garisan atas untuk restart.

Siapa yang tak teruja teruk melihat gol serupa ini:

Penjelasan yang mudah adalah: “Sepak mula perlawanan hanya boleh dilakukan pengadil apabila kesemua pemain berada di kawasan pasukan masing masing.”

Dengarkan penjelasan ringkas di sini, dan semoga bermanfaat:

@refereekampung

Sepak mula boleh dimulakan setelah semua pemain berada dikawasan mereka sendiri. #law #bolasepak #footballtiktok #jdt #ligasuper #sabahfa

♬ original sound – Nasseb Ali – Nasseb Ali

Pernah berlaku di Jerman apabila penjaga gol terlalu leka meraikan gol, ketika ia masuk ke dalam kawasan sendiri, dia terus diserang oleh pasukan lawan.

Ketikan itu penjaga gol Leverkusen itu sudah menjadi bintang dengan menjaringkan penalti untuk pasukannya. Namun apa yang berlaku kemudian benar benar satu tragedi.

BACA JUGA:
[VIDEO] Attention To Details! Dani Olmo Memperdaya Lucas Hernandez Agar Handball

Tidak pasti apa yang di dalam kepala Dani Olmo. Dia sangat licik! Sampaikan pemain pemain Bayern pun bengang dengannya.

Bayern menang dalam aksi Piala Super Jerman dengan skor 5-3. Namun satu insiden menarik perhatian kami melibatkan Dani Olmo.

Pada masa kecederaan, Leipzig mendapat lontaran ke dalam dan ianya dibaling kepada Olmo. Pemain itu kemudian meletakkan bola tidak melepasi garisan sepenuhnya.

Lucas Hernandez yang menyangkakan Olmo sebenarnya sudah terbuang bola itu, telah mengambil dengan tangannya. Penjaga garisan yang memang dari awal memerhatikan bola itu tak keluar sepenuhnya, telah menaikkan benderanya kerana Hernandez sudah handball.

Hernandez terpinga pinga, tak tahu apa kesalahannya. Pemain pemain Bayern juga inginkan kepastian terutama sekali Joshua Kimmich yang tak faham, di mana kesalahan Lucas Hernandez.

Pengadil kemudian menjelaskan bahawa pemain itu sudah handball.

Lucas Hernandez harus menarik nafas lega kerana tidak dilayangkan kad kuning. Kerana jika itu berlaku, dia dibuang padang. Hal ini kerana dia sudah mengutip 1 kad kuning sebelum insiden itu.

Ada yang memuji Olmo sebagai pemain yang sangat teliti dalam setiap butiran dalam bola sepak. Dia juga berjaya memenangi sepakan percuma di zon bahaya ketika pasukannya hanya 1 gol di b belakang pada ketika itu.

Ada juga yang mengingatkan bahawa, pengalaman seperti itu akan dikenang oleh Lucas Hernandez sampai bila bila agar sentiasa berhati hati dan lebih teliti.

Bayern seperti dijangka akan terus menguatkan monopolinya dalam Liga Jerman. Dalam aksi berdepan Leipzig, Jaman Musiala meletakkan Bayern 1 gol di hadapan seawal minit ke-14.

Bayern menjadikan kedudukan 3-0 pada rehat separuh masa dengan dua lagi gol oleh Sadio Mane dan Benjamin Pavard, masing masing pada minit ke-13 dan ke-45.

Marcel Hastenberg menjaringkan gol pertama Leipzig minit ke-59.

Namun begitu, Serge Gnabry kembali menjarakkan jurang kepada 3 gol sekali lagi dengan gol keempat minit ke-65.

Pemain yang menjadi rebutan kelab elit di Eropah, Christopher Nkunku kemudian menjaringkan gol kedua Leipzig menerusi penalti pada minit ke-77. Diikuti gol Dani Olmo minit ke-89 untuk merapatkan jurang gol menjadi 3-4.

Malang buat Leipzig kerana Leroy Sane menjaringkan gol pada saat akhir masa kecederaan untuk merangkul Piala Super Jerman dengan kemenangan 5-3.