Aubameyang Akhirnya Nikmati Kejuaraan Liga Pertamanya Selepas Beraksi 8 Minit Untuk Barca

Pierre Emerick Aubameyang sebelum ini menjadi senjata utama Borussia Dortmund untuk mencabar kejuaraan Bundesliga.

Namun dia gagal melakukannya. Akhirnya dia berpindah ke Arsenal. Di sana, skuad Arsenal tidak seperti yang ada hari ini, bukan pencabar kejuaraan. Memenangi piala domestik bersama Arsenal, sebelum dia memutuskan untuk ke Barcelona selepas tidak sehaluan dengan pengurus, Mikel Arteta.

Dan di sinilah kisah dia, di mana dia boleh tersangkut namanya sebagai pemenang La Liga.

Pada musim 2022/23, dia sempat bermain 8 minit sahaja – yang dikira bermain 1 perlawanan – untuk Barca dalam La Liga sebelum menyertai Chelsea dalam perjanjian €12 juta.

Menariknya, Barcelona tidak pernah mengeluarkan nama Aubameyang daripada daftar pasukan pada musim ini.

Itulah yang membuatkan, Aubameyang sebenarnya boleh berpindah ke Barcelona sekali lagi, jika dia mahu pada Januari lalu.

Namun Barca memberitahu pemain itu bahawa dia harus menamatkan dahulu kontraknya di Chelsea jika mahu kembali.

Chelsea enggan menerima cadangan itu.

Aubameyang pada masa itu berada dalam senarai untuk dilepaskan, tetapi peraturan UEFA menyebut, seorang pemain tidak boleh didaftarkan dalam 3 kelab berbeza untuk satu musim.

Jadi, hanya Barca tempat terbaik Auba jika dia mahu berpindah. Kerana Auba bengang tidak dapat bermain lebih banyak di Chelsea.

Berbalik kepada namanya yang masih disertakan dalam skuad juara liga 2022/23 Barcelona, pemain itu akan menerima medal kejuaraanya daripada Barca.

Dan bermakna dia memenangi kejuaraan liga pertamanya di dalam kariernya.

Namanya turut diabadikan pada t shirt khas untuk keraian La Liga kelab itu.

Gerard Pique yang bersara pada musim ini, turut disertakan, selain daripada Memphis Depay.

Baca yang lain