Aubameyang Mahu Angkat Kaki, Namun Peraturan FIFA Benarkan Dia Pindah Ke Barca Sahaja!

Pierre-Emerick Aubameyang dilaporkan mahu berpindah selepas kesukaran kariernya di Chelsea. Dia masih belum mendapat rentak dan keyakinannya sejak menyertai kelab itu.

Auba menarik minat daripada Atletico Madrid. Ini selepas kelab itu meminjamkan Joao Felix ke Chelsea untuk baki separuh kedua musim ini.

Aubameyang sendiri sedia mempertimbangkan untuk angkat kaki dari Chelsea jika ada kelab yang mahukannya.

Seterusnya laporan beberapa hari lalu menyebut, pengurusan tertinggi Chelsea membenarkan Graham Potter menjual Aubameyang dengan nilai €12 juta. Angka yang mereka bayar kepada Barcelona sebelum ini.

Namun Fabrizio Romano mendedahkan bahawa, perpindahan Auba ke mana mana kelab lain selain Barca adalah mustahil. Kerana ianya akan melanggar peraturan FIFA.

Peraturan perpindahan FIFA melarang seseorang pemain bermain lebih daripada 2 kelab dalam satu musim yang sama.

Aubameyang sebelum ini sudah beraksi bersama dengan Barcelona, dan kemudian membuat perpindahan ke Chelsea.

Dia kini hanya boleh bermain sama ada untuk Chelsea dan Barcelona sahaja.

Barcelona tertarik dengan idea untuk membawa pulang Aubameyang, dengan syarat sebagai ejen bebas.

Namun Barca akan mengemukakan tawaran gaji baharu yang lebih rendah kepada Aubameyang, jika Depay meninggalkan kelab itu pada Januari.

Depay turut menarik minat daripada Atletico. Jadi, terdapat perkaitan yang kuat di sini.

Selain itu Aubameyang juga dikatakan suka dengan idea pulang semula ke Barca. Malah dia sebelum ini pernah menghubungi Xavi menyatakan dia mahu kembali ke Barcelona.

Ini kerana dia suka dengan kehidupan di Sepanyol bersama keluarganya.