Sabtu lepas Bruno Fernandes menjaringkan golnya yang ke-19 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Jaringan itu juga merupakan penglibatan terus dalam jaringan yang ke-33 (19 gol, 14 assist) sejak menyertai Manchester United, Januari tahun lepas.
33 – Tonight was Bruno Fernandes' 30th Premier League appearance, with his penalty the 33rd goal he's been directly involved in (19 goals, 14 assists). The only player in Premier League history to be involved in more goals in their first 30 games is Andrew Cole (37). Talisman. pic.twitter.com/sa5DSOQoW5
— OptaJoe (@OptaJoe) January 1, 2021
Beliau boleh dianggap antara pembelian yang berbaloi bagi Red Devils pada musim perpindahan musim sejuk.
Jendela perpindahan musim sejuk biasanya dianggap jendela kecemasan oleh jurulatih terutama sekali kelab besar. Ini kerana ramai pengurus mengelakkan jendela ini kalau boleh.
Harga pemain akan melonjak naik sangat tinggi kerana pasukan pemilik akan mengambil kira impak yang ditinggalkan pemain selepas perancangan awal musim yang sudah direncana untuk sepanjang musim.
Namun sebenarnya, jendela pertengahan musim telah melahirkan ramai bintang mega di EPL.
Mari bersama penulis kita imbas kembali pembelian terbaik jendela perpindahan musim sejuk di EPL.
Liverpool: Virgil van Dijk | £75m | 2018
Ramai pemerhati bola sepak memandang sinis keputusan Liverpool membelanjakan £75 juta untuk membeli raksasa 6 kaki 3 inci dari Southampton ini.
Merupakan rekod pembelian pertahanan termahal dunia pada ketika itu, van Dijk pantas membuktikan langkah yang dirangka Micheal Edwards itu tidak salah sama sekali.
Dianggap pertahanan tengah terbaik dunia ketika ini, telah menampal lompong yang sering menghantui Liverpool. Selepas kemasukan van Dijk, Liverpool nampak lebih ampuh di bahagian belakang.
ON THIS DAY: In 2017, Liverpool agreed a world-record fee for a defender with Southampton for the transfer of Virgil van Dijk.
— Squawka Football (@Squawka) December 27, 2020
🏆 Premier League
🏆 Champions League
🏆 Super Cup
🏆 Club World Cup
🏆 UEFA Men's Player of the Year
That £75m fee was a bargain. 🤑 pic.twitter.com/zZIieqTYqg
Beliau telah membantu The Reds memenangi beberapa kejuaraan utama seperti Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab (CWC) dan paling manis, menamatkan kemarau 30 tahun EPL bagi skuad Merseyside itu musim lepas.
Honourable Mentions:
Luis Suarez: £23m | 83 gol | 1 Piala Liga
Coutinho: £10m | 54 gol
Sturridge: £12m | 68 gol | 1 UCL
Arsenal: Pierre-Emerick Aubameyang | £57m | 2017
Pemain antarabangsa Gabon tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan EPL berikutan perpindahan dari Borussia Dortmund. Merupakan salah satu penyerang paling berbahaya di England.
Aubameyang sudah menjaringkan 75 gol dari 125 perlawanan untuk The Gunners. Pada musim pertamanya di Emirates, beliau berjaya memenagi anugerah Kasut Emas, dikongsi dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Since making his Premier League debut for Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang has been directly involved in 67 goals in the competition.
— Squawka Football (@Squawka) September 15, 2020
◉ 86 games
◉ 55 goals
◉ 12 assists
Plenty more to come. ✍️ pic.twitter.com/B0vgCZUOYp
Turut mempunyai koleksi Piala FA dan Piala Sumbangsih bersama Arsenal.
Manchester City: Aymeric Laporte | £57m | 2018
Kehadiran pemain yang tidak mempunyai caps bersama skuad kebangsaan Perancis berjaya memperkasakan barisan pertahanan City yang selama ini diancam dengan kehadiran Nicolas Otamendi.
Laporte telah menjadi pemain utama bersama City di bawah kendalian Pep Guardiola, memainkan peranan penting dalam musim mereka memenangi domestic treble 2 musim lalu.
📊| @Laporte Stats:
— City Chief (@City_Chief) January 31, 2020
Aymeric Laporte has won 42 of his 49 Premier League games for City. He can become the first player to win 43 matches in his first 50 Premier League games.
[Opta] pic.twitter.com/suJW3dEbpC
Honourable Mentions:
Edin Dzeko: £27m | 72 gol | 2 EPL | 1 Piala FA | 1 Piala Liga
Chelsea: Branislav Ivanovic | £9m | 2008
Pemain pertahanan Serbia itu terbukti menjadi pembelian hebat di Stamford Bridge berikutan perpindahannya ke kelab dari Lokomotiv Moscow dengan harga £9juta pada tahun 2008.
Setelah memulakan kehidupan yang sukar di London barat, dia akhirnya memberi impak besar di bawah kendalian Carlo Ancelotti dan terus menjadi salah satu bek kanan terbaik EPL.
Champions League 🏆
— BBC Sport (@BBCSport) February 1, 2017
Premier League 🏆🏆
FA Cup 🏆🏆🏆
League Cup 🏆
Ivanovic had plenty of success with Chelseahttps://t.co/g2AxGx8XkO #CFC pic.twitter.com/I6V4RCfbIi
Jaringan gol kemenangan Chelsea di final Liga Europa 2013 akan sentiasa menjadi ingatan peminat The Blues, setahun setelah terlepas final UCL kerana penggantungan.
Honourable Mentions:
Nemanja Matic: £21m | 2 EPL | 1 Piala Liga
Gary Cahill: £7m | 2 UCL | 2 EPL | 2 UEL | 2 Piala FA
Manchester United: Nemanja Vidic | £7m | 2006
Sebelum menyertai Red Devils, Vidic dikatakan sangat hampir menyarung jersi ungu Fiorentina. Disebabkan kuota EU yang disyaratkan oleh Serie A telah penuh, Vidic akhirnya menyertai pakatan merah di Old Trafford.
“Pertahanan yang baik akan memenangi trofi untuk anda. Vidic sangat natural dan atletik. Anda memerlukan pemain pertahanan yang baik dan beliau tergolong dalam golongan itu,” kata Ferguson kepada MUTV, seperti yang dilaporkan oleh BBC.
Kata-kata Ferguson terbukti benar, Vidic membuktikan dirinya sebagai salah satu pemain pertahanan paling berjaya di EPL, membantu United memenangi lima gelaran EPL, satu UCL dan satu CWC.
Premier League: 🏆🏆🏆🏆🏆
— B/R Football (@brfootball) December 25, 2019
Champions League: 🏆
League Cup: 🏆🏆🏆
Club World Cup: 🏆
Community Shield: 🏆🏆🏆🏆🏆
Manchester United signed Nemanja Vidic on Christmas day in 2005. It worked out 🎄 pic.twitter.com/gRLzjzY7Fj
Gandingannya bersama Rio Ferdinand boleh dianggap sebagai duo pertahanan terbaik dalam sejarah EPL sebaris Martin Keown-Tony Adams dan John Terry-Ricardo Carvalho.
Honourable Mentions:
Patrice Evra: £5m | 5 EPL | 1 UCL