Aura Legenda Gergasi Merah, Dave Big Mitch Dan Gol Emas Ke Atas Pahang

David Stuart “Dave Big Mitch” Mitchell merupakan bekas pemain Australia kelahiran Glasgow, Scotland.

Bagi peminat bola sepak era 90-an ini bukan nama asing dan tak perlu nak diperkenalkan lagi.

Beliau dilahirkan pada tanggal 13 jun 1962, di Scotland. Kemudiannya mengikut keluarganya berpindah ke Australia.

Ketika mereka berpindah, David Mitchell ketika itu baru berusia enam tahun.

Permulaan karier

Ketika di Australia David Mitchell telah melibatkan diri secara aktif dalam bola sepak.

Kariernya pada usia muda meningkat dan membangun dengan sebaiknya.

David antara pemain Australia yang mengukir sejarah beraksi di Pentas Eropah.

Beliau dengan sendirinya membayar harga kontraknya kepada kelab Australia Adelaide City agar beliau dibebaskan dan menyertai kelab yang disokong ayahnya iaitu Glasglow Rangers.

David Mitchell akhirnya berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Rangers bersama lagenda Rangers Ally McCoist dan menjaringkan gol pertama untuk Rangers pada perlawanan League Cup.

David Mitchell mewakili kelab Rangers dalam pertandingan domestik di dalam negara serta kejohanan di peringkat eropah.

Selepas itu, David Mitchell berpindah ke kelab Jerman, iaitu Eintracht Frankfurt.

Sejarah tercipta apabila David Mitchell menjadi pemain dari Australia pertama bermain di Jerman.

Perjalanan karier di Eropah

Selepas puas berkelana di Jerman, David Mitchell berkelana pula ke Belanda.

Kali ini beliau menyertai Feyenoord dan kemudian berjaya mendapat perhatian kelab Liga Perdana Inggeris.

David Mitchell tak melepaskan peluang itu dan berpindah ke Chelsea.

Ketika di England, David Mitchell dipinjamkan ke Newcastle United dan menjadi pemain Australia pertama menjaringkan gol untuk Newcastle.

Beliau meneruskan karier di bumi Inggeris itu dengan berpindah ke Swindon Town bergandingan pula dengan Glen Hoddle membawa Swindon Town layak ke Liga Perdana inggeris.

Pencapaian yang sangat hebat ketika itu.

Selepas beraksi untuk Swindon, Dave menyertai Millwall. Selepas beraksi beberapa musim di sana, David Mitchell mendapat tawaran dari Malaysia.

Itulah tawaran yang membawanya kepada pasukan Selangor.

Pada 1995, David Mitchell sah menjadi pemain Gergasi Merah. Profil kariernya sangat menarik ketika itu.

Karier di Malaysia

Ketika di Selangor, beliau membentuk gandingan yang mantap bersama Azman adnan, Shahril Arsat, Ismail Ibrahim dan Anuar Abu Bakar memberi cabaran getir buat pasukan handalan seperti Pahang.

Final Piala Malaysia tahun itu menemukan Pahang dan Selangor. Ia turut menemukan gandingan Zainal Abidin Hassan dan Igor Shkvyrin vs. Azman Adnan dengan beliau.

Perlawanan tegang hingga terpaksa dibawa ke fasa gol emas.

Gol emas adalah peraturan yang agak kejam. Ianya adalah tie breaker di mana, pasukan yang skor gol emas (golden goal) akan terus menang.

“David Mitchell dan Gollllllllll”

Itu merupakan gol emas kejuaraan pertama dalam sejaeah Piala Malaysia dan memusnahkan harapan Pahang untuk menjulang double musim itu.

Beliau Adalah David Mitchell. Pemain yang akan selamanya dikenang sebagai legenda.

Baca yang lain